Salam

Isu YB @ DUN mahupun Parlimen keluar masuk parti sekarang ini sudah redah. Beberapa bulan dan tahun yang sudah begitu hebat isu ini melingkar dibenak sistem politik negara. Isu sekarang ini pula berkaitan ahli-ahli berdaftar parti politik tertentu yang kecoh sama ada yang keluar parti masuk ke parti lain. Bukan lagi isu YB. Apa yang menjadi hangatnya parti politik masing-masing mempertahankan bahawa ahli-ahli parti mereka tiada yang keluar parti. Tetapi di pihak parti lain pula mengatakan sebaliknya.

Sama ada ahli parti pembangkang mahupun parti pemerintah yang kononnya keluar parti tetapi dipertikaikan oleh parti ahli mereka terdahulu. Alasan yang diberikan, bukan ahli mereka, ahli yang tidak aktif, ahli yang sengaja menamakan latar belakang parti tertentu, propaganda parti lawan dan pelbagai alasan lagi. Adakah sememangnya alasan ini betul atau sekadar rekaan bagi mengelakkan gambaran parti mereka tidak lagi mendapat sokongan? Hanya ahli dan parti politik terdahulu sahaja yang tahu perkara sebenar. Penafian bukan lagi penyelesaiannya. Kalau ianya perkara betul, kenapa dinafikan lagi? Ahli parti BN masuk parti PR, ahli parti PR masuk BN. Apa isunya sekadar ahli yang keluar parti? Berapa ramai ahli pun dalam sesebuah parti tetapi rakyat yang berhak memberikan kata putus kepada kemenangan parti tertentu.

Terbaca isu ini iaitu terbaru dalam akhbar Sinar Harian hari ini edisi Perak (6.9.2010) muka depan dinyatakan bahawa 756 ahli Pas keluar parti dan menyerahkan borang keahlian kepada parti Umno di Ipoh. Isunya Pas menafikan ahli tersebut bukan ahlinya dan dikatakan cawangan yang diwakili oleh ahli tersebut tidak wujud sejak sekian lama. Tetapi di pihak yang keluar parti ini menyatakan mereka adalah ahli Pas sejak 1969 tetapi tidak aktif dan tidak mendapat sijil keahlian parti. Mana yang betul?

Kemudian diikuti pula penafian oleh Parti Umno bahawa ahli Umno yang keluar parti hanyalah cerita karut. Hal ini wujud apabila ada dakwaan 26 pemuda Umno kawasan Larut bertindak menyertai Pas seperti kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Perak. Masing-masing menafikan, Pas kata sememangnya bukan ahli Pas. Nafi. Umno pula menafikan tiada yang keluar parti. Macam-macam. Belum lagi melibatkan negeri-negeri lain atau parti-parti lain.

Apa peranan ahli berdaftar? Rasanya hanya menggambarkan keutuhan atau memperlihatkan sokongan dalam sijil keahlian namun hakikatnya penentu kemenangan bukan ahli berdaftar iaitu rakyat. Kadang-kadang ada ahli berdaftar parti tertentu tetapi mengundi parti lain. Macam PRU 12 lalu. Kalau YB yang keluar parti memberi kesan mendalam juga sebab melibatkan peralihan pimpinan dan mencerminkan ketidakstabilan parti asal. Kalau ahli berdaftar? Tergugat ? Biasa sajalah. Parti politik ini masing-masing kalut. Takut . Atau mengelakkan persepsi rakyat bahawa parti mereka tidak lagi mendapat sokongan. What ever.

9.17pm

6.9.2010

KUO