Salam

Seorang tahanan ISA yang ditahan sejak tahun 2002 dibebaskan atas arahan Menteri Dalam Negeri pada hari Khamis (02.09.2010) dan pembebasan ini dikira sebagai “bonus raya” kepada keluarga beliau ketika bulan Syawal menjelang tidak lama lagi. Selamat menyambut hari raya. Pastinya keluarga tersayang merasa cukup gembira tidak terkata. Selama lapan tahun tidak bersama dan akhirnya detik bersama keluarga bersinar kembali.

Tahanan ISA – Shamsuddin Sulaiman dibebaskan

Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga anggota Jemaah Islamiah (JI) Malaysia, dibebaskan hari ini setelah dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Shamsuddin Sulaiman, 40, berasal dari Masai, Johor, ditahan mengikut akta berkenaan sejak 13 Jun 2002, kata Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya pembebasan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tahanan berkenaan adalah anggota JI yang ditangkap pada 17 April 2002, katanya.

– Bernama (02.09.2010)

1.17am

3.9.2010

KUO