Salam

Bonus raya sudah diberikan kenapa perlu pertikaikan lagi? Bising sahaja. Tidak diberikan nanti cakap pula yang bukan-bukan. Sudah dibagi, banyak songeh lagi. Cari saja forum-forum alam maya berkisarkan bonus raya ini, macam-macam yang diperkatakan.Nak kata tidak bersyukur, memang ada yang bersyukur dan ada juga yang memperli pemberian bonus raya oleh Kerajaan yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Nilai bonus raya RM500 sudah tinggi untuk kegunaan raya. Lainlah kalau beli macam-macam. Bajet yang sudah dirancang tu, dikira lebih selepas pemberian bonus raya.

Pengalaman mendapat bonus dan kenaikan gaji semasa kerja dalam tempoh 2 tahun dulu sudah mencukupi masa tu. Terbias juga dengan isu bonus raya ni. Biasalah sudah mengalaminya sendiri dan mengendalikan pembayaran. Bukan senang, kadang-kadang ada kakitangan yang tidak dapat sebelum raya. Ada yang dapat awal. Perkara biasalah dalam pelarasan gaji.

Tidak pasti pula pembayaran bonus raya ini bila akan dibayar kepada kakitangan awam. Setahu aku gaji bulan ogos sudah dibayar 25hb yang lepas. Bonus raya mungkin akan dibayar gaji bulan September nanti. Tetapi selepas sambutan Hari Raya pertama sebab pembayaran gaji bulan September akan dibayar pada 23hb nanti.Biasanya gaji akan dibayar awal jika ada perayaan tetapi mengikut pekeliling Jabatan Akauntan Negara (JAN), tarikh perayaan yang berlangsung di bawah tarikh 11hb setiap bulan tidak akan dibayar awal. Maksudnya Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka 9hb ataupun 10hb.

Jadi pembayaran gaji berlaku seperti tarikh pembayaran biasa setiap bulan. Pastinya sekarang ini, pihak JAN atau Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) sedang sibuk menguruskan pembayaran bonus raya sekali dengan bayaran gaji bulan September.

Kalau perlu menggunakan permohonan borang atau sistem online kenalah buat pelarasan cepat untuk kemasukan bonus raya awal. Melainkan pihak JAN dan JMS menggunakan sistem pelarasan automatik online bagi ke semua kakitangan awam, jadi tidak perlu lagi memikirkan pembayaran bonus lambat. Kira gaji bulan September nanti dicampur terus dengan bayaran bonus raya. Ada kemungkinan jugalah. Kepada kakitangan awam, tidak perlu risau lagi, buat masa sekarang dan semasa hari raya nanti gunakanlah duit sendiri dulu menggantikan bonus raya nanti.  Hehe.

Dengar ceritanya dari info-info alam maya ni kemungkinan bonus akan dibayar sebelum hari raya ( 1 Syawal). Kaedahnya macam mana? guna cek? online transfer?

Sudah 3 tahun meninggalkan alam pekerjaan unit gaji JAN, tidak pasti pula sistem JAN dan JMS sekarang ini macam mana. Mungkin lagi canggih. Jadi, kepada yang menerima bonus raya tu advance sudah diberikan. Kepada segelintir yang asyik memperli itu ini, fikirkanlah. Kalau tidak diberikan, perli juga. Dibagi, macam-macam hal pula.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini JAN . Boleh juga tanya terus dengan kerani gaji tempat anda bekerja. Aku sekadar berkongsikan pengalaman aku dulu. So, bukan aku menentukan tarikh pembayaran tu pula.

Di bawah ni, jadual pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2010. Rasanya ada yang dah simpan jadual ini kat ofis sendiri. Hehe..

1.57am

2.9.10

KUO