Salam

Berkesempatan berbuka puasa di Hotel De Palma Ampang Selangor  jemputan syarikat tempat aku menjalankan Latihan Industri cuti semester lepas bersama staf syarikat jumaat baru-baru ni (27.08.2010). Dah lama tak berbuka puasa di hotel sejak kali terakhir di hotel Miri Sarawak dulu. Teringat kenangan satu pejabat berbuka. Tapi lain suasananya. Cukup berbeza. Jarak hotel dengan kedudukan pejabat syarikat ini lebih kurang 400 meter sahaja dan sepanjang LI aku solat jumaat di Hotel ini.

Untuk makluman hotel ini mempunyai ruang surau yang diubahsuai sehingga pihak Jais mengesahkan surau di hotel ini boleh dilakukan solat jumaat yang boleh menampung ramai jemaah di tingkat 3. Inilah kali pertama aku mendengar hotel yang menyediakan ruang surau untuk berjemaah melakukan solat jumaat. Memang diakui ramai jemaah di persekitaran pusat membeli-belah Ampang Point yang datang ke situ.

Boleh dikatakan seperti masjid yang penuh sesak dengan jemaah. Agak berbaloi jugalah kepada orang ramai yang singgah ke Ampang Point atau yang bekerja di sekitarnya memanfaatkan kemudahan ini. Berbuka puasa pun memang menjadi tumpuan masyarakat orang Islam berbuka di hotel ini. Lain lagi orang bukan Islam yang mengajak staf atau rakan orang Islam berbuka di situ.

Hari semalam jelas suasananya yang harmoni, makanan yang pelbagai, alunan nasyid (kumpulan UNIC), kugiran dan cabutan bertuah. Masa tu juga, ada pihak yang meraikan golongan anak yatim berbuka bersama. Ambil peranan juga. Apa pun best. Kawan staf yang beria-ria mengambil makanan terlalu banyak sebelum berbuka, senak perut nak menghabiskan makanannya. Dah tak terdaya dengan pesona makanan yang sedap-sedap. Boleh tahan.

Kepada yang ingin menikmati juadah berbuka puasa di Hotel De Palma Ampang, silalah KLIK… Best…

P/s : Gambar berbuka akan diupload kemudian….

7.06am

29.08.2010

KUO