Salam

Berkesempatan ke KL semalam mengambil dokumen untuk kegunaan tugasan berpeluang bertemu dengan seorang bekas Setiausaha Politik pemimpin kerajaan Negeri Sabah sejak 25 tahun dahulu di Masjid Jamek sementara solat Maghrib. Terjumpa pun sebab beliau bertanyakan sesuatu. Apa yang menarik perhatian untuk dikongsi, beliau menyatakan dia terlibat sama dalam pentadbiran negeri walaupun bukan berasal dari Sabah cumanya bertugas sahaja. Dia mengakui dia kenal akan kebanyakan pemimpin negeri dan YB DUN tempat aku berasal pun dia kenal. Belum lagi peringkat persekutuan beliau mengenali pemimpin-pemimpin negara. Pada mulanya tidak percaya juga tapi bila dia mengeluarkan album gambar ternyata betullah apa dia cakap.

Gambar bersama pemimpin negeri, peringkat persekutuan dan kami saling berbalas mengenali setiap orang dalam gambar tersebut. Bukan gambar dia macam orang lain menumpang tetapi situasi dan tempat dalam gambar tersebut jelas dia terlibat dalam pentadbiran negeri. Dia menceritakan politik zaman dulu dan sekarang, apa yang selalu dia tegaskan politik adalah kotor. DIkotorkan oleh pihak yang terlibat di dalam politik. Memang, politik tidak kotor tapi manusia yang bertindak mengotorkannya dengan kegiatan yang merosakkan amalan politik. Rasuah, birokrasi, proksi dan sebagainya perosak politik.

Beliau juga ada menyatakan parti ini memang terlibat dalam rasuah, parti lagi satu tidak pernah terlibat dalam rasuah. Lagi satu jarang-jarang itu pun pihak parti pertama yang sabotaj. Kemudian aku bertanyakan nama, manalah tau aku kenal nama tu boleh juga tanya lebih lanjut lagi. Tapi beliau tidak menyatakan nama penuh. Tak apalah, beliau juga bertanyakan siapa nama aku, di Semporna duduk mana, bapa nama apa, asal mana, berapa umur, datang semenanjung buat apa. Aku pun jawab jujurlah.

Aku bertanyakan nama beliau dan menyatakan sedang mencari responden yang terlibat secara langsung dalam politik untuk kajian tesis aku nanti. Banyaklah kita orang perbualkan tentang politik dulu sehinggalah sekarang. Beliau pernah terlibat dalam USNO berkaitan dengan USIA. Memandangkan aku sendiri tak solat lagi minta keizinan untuk solat dahulu disebabkan waktu mendekati isyak. INgat nak jumpa lagi sambung perbualan tapi beliau dah beredar. Maybe lain kalilah. Input baru untuk kajian aku nanti. All the best.

12.36pm

13.08.2010

KUO

Advertisements