Salam

Seharian berada di kampus walaupun hanya kelas pagi sahaja yang ada. tu pun tak pergi, lewat bangun dah buat tugasan LI. Petang tadi dah siap sepenuhnya dah nak hantar pun tapi pensyarah pula tak ada dalam bilik. Kena hantar esok pula. Tak apalah, janji dah siap. Seharian di kampus melihat gelagat pelajar lama dan baru yang menaiki bas. NIat nak balik tengahari tu tapi himpunan pelajar kat bus stop kuo/khar menyukarkan keadaan nak balik. Masing-masing nak balik, siap berebut lagi. Tak kira pelajar lelaki or perempuan main serbu je setiap kali bas tiba. Tak ada peluang langsung naik. Petang tadi baru berkesempatan balik tu pun dari pekan Tanjung Malim menaiki teksi. Beli barang keperluan dah. Bas ke pekan pun penuh dengan pelajar. Biasalah, ptptn dah masuk. Belanja sakan dah.

Esok pagi ada kelas pagi pula, jadual kuliah semua kelas pagi ada. Isnin hingga khamis pukul 8..adoi..Tak dapat nak berjaga malam selalu. tak macam semester lepas, kelas kebanyakan waktu tengahari. Boleh berjaga sikit. Semester ni, mampuslah..nanti lewat ke kelas pula. hari khamis ni, bercadang ke tempat LI dulu. Ada kerja yang perlu disiapkan. Laporan dah. Jumaat ni kena siap untuk klien tu. Ada income sikit dah buat part time buat laporan projek..Ceh…all the best jak la…

P/s : kisah hari pertama semester 1 sesi 2010/2011…

9.27pm

KUO

Advertisements