Salam

LI sudah masuk minggu ke-4, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dari aspek tugasan dan kerja yang diberikan. Hari ini juga pensyarah penyelia untuk dua rakan seperjuangan LI sudah datang untuk menyelia mereka berdua. Aku dan beberapa rakan lain masih lagi menunggu pensyarah masing-masing. Hari ini juga sesuatu yang tak diduga berlaku, kehilangan sesuatu kepada seseorang yang mungkin disebabkan kecuaian aku sendiri. Aku tak pasti bagaimana ianya boleh hilang. Sabar sajalah. Kenalah sibuk nanti nak uruskan untuk mengembalikan semua keperluan. Pening juga dibuatnya.

Seminggu juga blog ni tak diupdate, memang sibuk juga sebenarnya kalau dah masuk pejabat. Macam-macam kerja dibuat, tak selesai satu, satu lagi arahan diterima. Tapi seronok juga macam-macam boleh dibuat, kira sibuklah konon. Rakan-rakan LI lain dah cakap aku ni kakitangan tetap. BIasalah dah nampak sibuk, sikit-sikit ketua pejabat panggil. Bukan panggil apa, taklimat arahan kerja seterusnya dan jalan-jalan tengok lokasi projek. Sekarang ini, kira ok sikit dan teratur buat kerja. Komputer pejabat tak lagi meragam walaupun kadang-kadang masalah hang, lembab, masalah printer yang membuatkan satu pejabat kecoh untuk menyiapkan kerja masing-masing. Kecoh sebab buat hal dah. Tak lagi sibuk berkepit dengan membaiki komputer saja. Nasiblah dah advance sikit komputer tu, upgrade sistem dah bagi laju untuk buat kerja.

Benda-benda yang aku tak tahu masalah komputer dah masuk kepala untuk diselesaikan tapi kena tunggu lamalah nak selesaikan. Dulu di Upsi sibuk dengan Laptop, sini komputer pula. Test itu, cucuk wayar ini wayar itu, dah setel. Nasiblah tak meletup. Cuba try test saja pun. hehe. Tapi betullah caranya. BUkan saja-saja. Nanti habis LI, dicari pula nanti untuk servis komputer lagi. Nasiblah ada 2 tahun lagi belajar, kalau tak mungkin sudah kerja terus. Dah dioffer. Well…rakan LI lain jangan marah, anda juga dioffer sebenarnya. Hehe..

P/s : Baru siapkan laporan harian minggu 3 dan browsur produk, masuk jap internet.

1.39am
1 Jun 2010
Kota Damansara