Salam

Terasa pening gila. Tak tahulah banyak sangat kerja atau penat. Biasalah setiap hari buat LI dari Damansara ke Ampang, cuti pun sabtu ahad. Penat sangat juga walau pun kerja yang ditugaskan setakat di pejabat sahaja dibuat. Susah juga nak sesuaikan suasana kerja berbeza dengan kerja dahulu dengan situasi tempat LI. Semuanya berbeza.

Tapi pengalaman cukup berharga untuk diketengahkan khususnya dalam bidang perniagaan. Belum lagi seratus peratus terlibat di dalamnya walaupun ada offer untuk terus berkerja selepas LI. Tapi tempoh belajar tidak habis lagi. Peluang ditawarkan terpaksa ditolak. Tak apalah, rezeki masa akan datang cuba lagi.

Time menulis ni kat food court KL sentral, menanti lepas solat isyak baru balik damansara. Maybe terus rehat dan tidur. Tak dapat bayangkan kalau dah kerja sepenuhnya nanti. all the best jelah.

8.07pm

24 Mei 2010

Kl Sentral

Advertisements