Salam

Terlebih sudah hari untuk update blog ni sejak melaksanakan LI yang ketika ini sudah masuk minggu ke-3.Kira sibuk jugalah. Ada lagi 6 minggu untuk diselesaikan. Sepanjang LI ni macam-macam perkara baru yang dipelajari mahupun pengalaman kerja dulu jadikan ulang kaji semula kerja yang sama. 2 minggu tu saja, perhatian kepada sistem komputer, peralatan komputer pejabat yang kadang kala buat hal sehingga mengganggu urusan kerja. Atas saranan aku sendiri, update je semua komputer dan peralatan lain untuk memudahkan urusan. Sekarang ini semakin baik sedikit sebab masih dalam proses lagi.

Tugasan lain pula, memang best juga sebenarnya. Buat report, buat grafik browser dan berhubung dengan pelanggan industri sentiasa memenuhi sepanjang LI. Rakan-rakan lain ada juga yang mengeluh, namun semuanya masih baru dalam menjengah alam pekerjaan. Biasalah tu.


Hari ini, keputusan exam semester 5 sudah keluar. Bagi diri sendiri, bersyukur juga dan harapan bersama untuk sasarkan yang terbaik dengan seseorang akhirnya tercapai. Pasti itu usahanya juga. Tahniah. Apa pun, ngantuk sudah. Penat….all the best..

P/s : Minggu depan pi DBKL pula, ada urusan pejabat..ceh…

11.17pm

21/05/2010

Kota Damansara