Salam

Akhirnya tamat sudah exam dan tamat juga semester 5 untuk tempoh pengajian ini. Sudah boleh dikatakan relax selepas berhempas pulas menyelesaikan tugasan dan persiapan untuk exam selain sebagai jmk kolej. Semuanya tinggal kenangan cuma semester pengajian ada 3 lagi sebelum melabuhkan tirainya. Tidak boleh relax juga cuti semester ini dek kerana menjalankan tugasan untuk latihan industri sepanjang cuti semester.

Sekarang ini bolehlah relax kejap.Tidur, buka internet, update blog politik dan sebagainya . Nak rehatttttttt..Penat..1ohb Mei ni bermulalah semula kenangan aku bekerja di Miri Sarawak  dulu. Kali ini menjiwai semula watak sebagai pekerja lagi walaupun hanya tempoh 8 minggu di sebuah syarikat swasta di Ampang. Hope boleh lagi menjiwai watak bekerja setelah kenangan di Sarawak telah ditinggalkan 2 tahun yang lalu terutamanya bahagian akaun.

Dengar khabarnya bos tempat LI ni nak bagi aku bahagian akaun disebabkan pengalaman lalu. Boleh lagi ke? Dah lama tinggalkan kerja tu walaupun memang amat meminati sistem perakaunan sejak di bangku sekolah lagi. All the best jelah.

9.53pm

6 Mei 2010

KUO lagi dah..