Salam

Menunggu last paper 4hb Mei ni, persiapan masih lagi kabur walaupun hanya satu paper. Semalam sudah dikeluarkan bidang-bidang untuk latihan ilmiah atau projek akhir pengajian aku di Upsi ni. Rakan-rakan sana sini kecoh dengan bidang masing-masing dek bidang yang ditetapkan kurang diminati. Bagi aku, memang menantikan bidang ini yakni bidang politik. Walaupun tugasan kuliah untuk permulaan kepada pengenalan membuat latihan ilmiah sudah dibuat namun amat payah juga sebenarnya untuk memahami lebih lanjut tentang bidang politik. Bukan sekadar politik sana sini yang sentiasa ada isu pergolakan tetapi lebih kepada bersifat ilmiah.

Petang tadi sempat menemani rakan berjumpa dengan pensyarah penyelia untuk bidang hubungan antarabangsa. Hasil daripada perbualan dan menyampuk sedikit memang agak mencabar bidang hubungan antarabangsa. Pensyarah tadi telah mendedahkan apa sebenarnya yang akan dilakukan baik permulaan kajian mahupun turun ke lapangan. Buku-buku juga turut diperlihatkan dan memang terbeliak biji mata melihat buku-buku yang begitu banyak bukan setakat buku dalam bahasa Melayu malah kebanyakannya lebih kepada buku bahasa Inggeris. Aku tak tahulah macam mana pula bidang aku nanti, tak sempat berjumpa pensyarah penyelia bidang politik.

Apa pun, all the best untuk semester depan untuk buat latihan ilmiah ni. Selesaikan dulu latihan industri cuti semester ni. Haha. Mencabar bangat….

p/s : Jap lagi last meeting JMK for this session..

8.45pm

30.04.2010

KUO