Salam

Rehat sebentar setelah mengharungi beberapa paper 5 hari berturut-turut. Fuh memang lenguh jari jemari menulis jawapan yang semuanya dalam bentuk esei. Esok (isnin) paper seterusnya dan 4 Mei nanti adalah paper yang terakhir. Hari ini cuti sedikit, bolehlah rehat santai. Tapi kena buat persediaan juga.

Jadi rehat sebentar bersama isu politik yang cukup kecoh sekarang ini terutamanya pada hari ini iaitu hari pengundian pemilihan wakil rakyat Parlimen Hulu Selangor, kira dekat juga dengan Tanjung Malim Perak ni. Calon-calon melibatkan seperti biasalah ada pembangkang dan juga wakil dari pemerintah yakni BN menurunkan komponennya iaitu calon MIC dan Pakatan Rakyat mengekalkan pemilik atau pemenang PRU12 lalu iaitu PKR. Namun, siapa bakal pemenang baru, sama ada kekal atau beralih arah? Nantikan.

Sana sini media elektronik sama ada pihak pembangkang mahupun penyokong kerajaan masing-masing memperkatakan kekuatan mereka dan kepelbagaian isu turut timbul. Biasalah tu, taktik politik sama ada provokasi, kegananasan dan sebagainya. Setakat ini (12.30 pm), sumber media menyatakan peratusan keluar mengundi sekitar 46% dan dijangka akan bertambah lagi pada petang ini. Keputusan rasmi sebenar akan diumumkan dalam jangkaan pukul 10 malam ini.

Jadi kepada pengundi yang boleh mengundi ( bukan pengundi hantu seperti kebiasaan isu setiap ada pilihanraya), buatlah pilihan bijak untuk menentukan hala tuju kawasan parlimen anda. Jangan setelah mengundi baru anda menyesal dan itu sebenarnya tiada guna lagi sementara menanti PRU 13 yakni dijangka tahun 2013. Adakah anda sanggup menanti dengan penyesalan undi yang diberikan kepada wakil rakyat tersebut? Apa pun, fikir dulu, kaji dulu dan seterusnya nilai dulu sebelum kertas undi anda jatuh ke dalam peti undi. All the best.

P/s : Masih samar lagi siapa yang akan memenangi PRK Hulu Selangor ini…nantikan malam ini.

Advertisements