Salam

Perjuangan sesi 2 2009/2010 sudah bermula pada esok hari. Perjuangan menempuhi dugaan untuk ke arah jati diri mahasiswa yang dikehendaki sama ada bergelar guru mahupun bidang pekerjaan lain. Esok hari 21 April bermulanya peperiksaan akhir semester 5 untuk Pengajian Malaysia dengan Pendidikan. Paper esok aku sendiri hadapi adalah Perkembangan Aliran  Politik Malaysia dan ada juga rakan-rakan lain menghadapi subjek Isu-isu serantau yang aku tak add untuk semester ini, semester depan akan dihadapilah.

Untuk rakan-rakan sekalian, selamat menduduki peperiksaan akhir untuk semester ini. Maafkan segala salah dan silap atas semua yang berlaku agar perjalanan menghadapi perjuangan esok hari dan seterusnya sentiasa dalam rahmat Allah. Amin. Semoga apa yang diusahakan akan mendapat balasan yang setimpalnya. Pastinya ingin melakukan yang terbaik. All the best.

ikhlas,

Akubah

Program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan

Semester 5 sesi 2009/2010