Salam

Dalam kesibukan nak menghadapi exam minggu depan, dugaan datang bertimpa begitu juga rakan-rakan sepengajian yang lain. Ini berkaitan dengan latihan industri yang bakal dilaksanakan sepanjang cuti semester ni. Bagi yang telah mendapat maklum balas dari syarikat atau tempat yang dipohon untuk LI, baru-baru ini keluar senarai nama dalam portal Upsi. haha.. Nama aku pula yang di depan. Tapi segalanya sudah selesai. Ada syarikat lain yang sudi menerima walaupun tidak secara rasmi menggunakan surat iaitu sekadar datang ke tempat yang disarankan oleh rakan hari isnin lepas. Syukur semuanya diterima pada hari tu, 7 orang termasuk rakan yang sudah lama memohon tempat berkenaan.

Kasihan juga kepada rakan-rakan yang masih lagi tercari-cari tempat. Lagi sadis rakan-rakan yang pada awalnya telah diterima oleh tempat LI berkenaan tiba-tiba memutuskan untuk tidak menerima pelajar LI dengan pelbagai alasan. Apa pun sabar sajalah. Hope semuanya berjalan lancar.

Advertisements