Salam

Demam Exam akhir semester 5 ni semakin menghantui untuk dihadapi. Persiapan menghadapinya belum lagi bermula dengan menatap nota-nota yang terkumpul selama ini. Biasalah tu, dah dekat exam baru nak sibuk study. haha. Tak apalah, semoga mendapat lebih lagi dari sebelum ini. Semoga dipermudahkan.

Cuti semester 2 bulan nanti tidak dapat ke mana-mana dan hanya menyelesaikan tugasan latihan industri. Masih lagi bingung memikirkan tempat untuk menjalankan tugasan ni. Tempat yang diminta sebelum ini mendapat jawapan yang mengecewakan. Terpaksalah mencari lagi tempat lain. Esok ke KL di Ampang untuk menuju ke tempat yang dicadangkan oleh rakan dan kedengarannya ada beberapa rakan nak juga ke tempat yang sama. Tak pastilah diterima ke tak. Semoga dipermudahkanlah. Amin.

Esok juga ada mesyuarat Ad-Hoc JMK bersama pengetua kolej. Tak tahulah apa ceritanya. Jadi tak dapatlah nak join meeting tu sebab ada lebih utama lagi terpaksa diuruskan. Apa pun, semoga urusan segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT yang Maha Penyayang dan Pengasih. Amin.

Akubah

9.48pm

11.04.2010

KUO