Salam

Dapat masuk blog, bermakna internet di KOlej baru dapat sejak masalah 5 hari lalu. Dengar khabarnya kena sambar kilat hujan hari tu. Dalam tempoh tu juga segala urusan menggunakan internet tergendalan, add drop subject semester depan pun terpaksa minta orang lain buatkan. Nasiblah sekarang dah ok kembali. Alhamdulillah.

Tidak lama lagi exam semester 5 akan bermula, 21 April ni. Dalam 4 hari saja ada 5 subject. Dah lah subject major semua. fuh payah. Pastu pula, habis 4 Mei, lama juga tu. Latihan Industri pula, mula 10 Mei, dah lah tempat pun masih lagi mencari-cari. Adoyai nah tuan.

Semalam mesyuarat JMK lama bersama JMK baru sesi 2010/2011. Banyak muka baru muncul. JMK lama ada dalam 5 orang saja yang ingin berkhidmat semula. Aku? Dah rasa penat walaupun ramai nak aku minta semula. Semester depan berlambak kerja lagi menunggu dengan latihan ilmiahnya. Kena turun padang jugalah. Apa pun, all the best untuk semua JMK baru. Harap dapat buat yang terbaik lagi berbanding kami sebelum ini…

3.41pm

8.4.2010

KUO

Advertisements