Aku tertarik dengan ruangan cetusan akhbar Sinar Harian hari ini (30.3.2010) tulisan Rahman Shaari yang bertajuk Guraun, gangguan dalam politik tentang konsep 1 Malaysia. Sedia maklum bahawa antara isu di parlimen sekarang ini berkenaan dengan pendedahan yang dikeluarkan oleh ketua pembangkang bahawa 1Malaysia meniru 1Israel dengan dinyatakan bukti-bukti pencetus idea dari syarikat yang sama iaitu APCO.

Jadi sana sini, kecoh bahawa 1Malaysia bulat-bulat menggunakan khidmat nasihat dari pencetus idea untuk 1Israel juga. Dikatakan 1Malaysia ini adalah konsep yang sama dan dihubungkaitkan dengan Israel. Itulah yang  berlaku sekarang ini. Cuma aku sekadar tertarik dengan ruangan ini yang mengkaitkan hubungan 1 Malaysia dengan Lagu MALAYSIA BERJAYA yang seringkali kedengaran sejak tahun 1960.


Antara lirik lagu tersebut menjelaskan Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya dan ini sudah terang nyata ianya mirip dengan konsep 1 Malaysia walaupun tidak secara khusus menyebut 1 Malaysia. Kalau kita perhatikan sekeliling kita sahaja, banyak ungkapan menyebut satu, 1,dan one sama ada melibatkan pelbagai benda atau perkara seperti yang dijelaskan dalam ruangan cetusan ini iaitu One Utama ( hari tu join wakil kolej pertandingan boling piala TNC..hehe..di Damansara), One Bangsar, cafe One Bangsar dan banyak lagi. Adakah ini juga meniru konsep 1Israel?

Cuma persoalan yang wujud, walau sekalipun sama ( andaian yang dibuat ) konsep 1Malaysia ini sama dengan 1Israel, adakah pendekatan, pengisian, pembangunan dan segalanya yang terkandung dalam 1 Malaysia ini sama juga? Semestinya tidak. Ia lebih menjurus kepada perpaduan kaum dan pembangunan rakyat Malaysia. Mungkin persoalan pendedahan ini dibuat berunsurkan politik.

Tidak dinafikan juga konsep Islam hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah menjadi mangsa cemuhan dan leteran banyak pihak. Aku tidak menghurai perkara tentang unsur politik yang dimaksudkan cuma sebagai rakyat fikirlah sejauh yang mungkin untuk meneliti segala aspek yang sering berlegar-legar dalam negara kita ini.