Salam

UPDATE-15hb Mac- 1.02am – akhirnya Lee Chong Wei muncul juara perseorang lelaki All Englan menewaskan pemain Jepun dengan keputusan 21-19 dan 21-19. Kemenangan pertama sejak melibatkan diri dalam badminton. Tahniah.


Ketika ini dan waktu ini dan masa ini pemain badminton negara dalam men single iaitu Datuk Lee Chong Wei sedang bertarung dalam pusingan separuh akhir badmion all England 2010 menentang pemain Denmark. Baru sebentar tadi melalui Live Score kejohanan tersebut, game pertama dimenangi oleh Lee Chong Wei dengan keputusan 21-17. Jap lagi update, nak tengok dulu perkembangan tersebut. ….

Siapa nak tengok walaupun bukan game atau macam dalam TV tu, tapi oklah…Sekadar pergerakan grafik…JOM KLIK.

UPDATE 9.25pm

Akhirnya Lee Chong Wei berjaya ke pertandingan akhir menewaskan pemain Denmark Peter Gade dengan keputusan 21-17, 21-14 dalam tempoh masa 47 minit. Wakil satu-satunya dari Malaysia dalam kejohanan ini untuk meneruskan kemaraan, yang lain terkandas di suku akhir. Apa pun harapan untuk impian beliau untuk merangkul juara All England yang pertama akn tercapai dan cabaran pusingan akhir nanti sama ada menentang perlawanan antara Tago Kenichi dari Jepun atau Bao Chunlai dari China yang mengalahkan rakan senegaranya iaitu Lin Dan. Mungkin ini menjadi kelebihan kepada Lee apabila saingan untuk Lin Dan sudah berakhir yang dikatakan penghalang Lee untuk mendapatkan gelaran kali ini seperti yang telah berlaku di kejohanan yang sama tahun lalu apabila Lee kecundang. Perlawanan akhir nanti akan berlangsung esok, masa mengikut jangkaan waktu malam rasanya.

Apa pun, all the best.

_