KUALA TERENGGANU 11 Mac – Mana-mana guru baru yang mengingkari arahan apabila dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman akan dikenakan tindakan tegas termasuk disingkir daripada kerjaya perguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberi amaran itu menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenai perkara itu dan mereka yang terbabit perlu menerima hakikat dikenakan tindakan sedemikian.

Salam

Ini antara petikan berita yang dikeluarkan semalam di utusan online. Baca selanjutnya di sini KLIK .Nampaknya pihak Kementerian Pelajaran sudah mengambil langkah untuk memastikan guru baru akan menerima hakikat penempatan mereka di mana sahaja. Bagi aku kira baguslah macam tu. Tiada lagi rungutan guru itu dapat kat pedalaman, guru itu dapat kat bandar dan macam-macam karenah lagi. Jadi kepada bakal-bakal guru sekalian khasnya untuk graduan UPSI yang akan menerima ijazah mereka 15 hingga 17 Mac ini selamat berkonvokesyen. Terimalah hakikat anda akan ditempatkan di pedalaman nanti. Bagi yang masih berjinak-jinak semasa tempoh untuk menghabiskan pengajian program pendidikan belajarlah untuk bersedia mengajar di pedalaman. Satu cadangan, bolehlah memilih di tempat aku, di Pulau Bum-Bum Semporna. Hehe. Bukan pedalaman sangat pun, kira dalam kategori pedalaman 1. Dekat-dekat dengan kawasan luar bandar, bukan jauh dari bandar. Apa pun, all the best.

Sedikit gambaran melalui gambar kartun ni situasi di pedalaman…hehe..