Salam.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ke-29 sudah kembali. Bermula pada 19 sehingga 28 Mac 2010. So, bila-bila masa boleh pergi. Sabtu dan ahad bolehlah bagi yang sibuk dengan kuliah 5 hari tu. Jom serbu PWTC untuk melihat dan mencari buku yang anda idamkan untuk membuat tugasan. Haha. Pesta Buku Antarabangsa yang lepas aku dah pergi. Memang ramai pengunjunglah, lebih2 lagi hari sabtu dan ahad. sesak. Jom kita pi lagi. Bagi yang tak pernah lagi ke PWTC, caranya mudah sahaja. Memandangkan PWTC ada stesen star LRT iaitu dengan nama PWTC juga, jadi mudahlah untuk ke sana dengan menaiki Star LCT dari masjid jamek mahupun dari plaza rakyat. Nak ke bangunan tu kena jalan kakilah dengan menyeberang jalan, cara mudah bangunan mana tengok sahaja orang ramai ketika itu menghala ke mana. Ikut sahajalah, Jangan sampai ikut orang yang pergi makan pula, kot2lah masa tu time lunch..haha. So, enjoy. Aku masih dalam perancangan nak ke sana dengan komitmen tugasan yang masih berlambak. Apa pun, jom..jom….Maklumat lanjut, bolehlah melayari web ini KLIK —> Pesta Buku Antarabangsa

Advertisements