Salam

akhirnya juara raja kali musim ke 4 sudah sampai ke Sabah. Tahniah kepada kumpulan Kecik dan kepada Alex yang menduduki tempat ke 3. Apa-apa pun Sabah boleh bah dari semua aspek hiburan (hiburan? haha), dari segi nyanyian dan lawak. Lakonan tu tak tahulah, kita tunggu masa akan datang.

Paling best adalah ucapan yang diberikan oleh salah seorang kumpulan Kecik dengan ucapan syukur kepada Allah SWT pemberi rezeki manusia, Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Mungkin itulah yang berlaku sebenarnya dengan masalah teknikal ketika persembahan kedua Kecik, masalah microfon tidak berfungsi di pertengahan persembahan namun gelagat Kecik dapat menyelamatkan keadaan dan cara Zizan memberikan microfon tidak merosakkan persembahan Kecik. Itulah dugaan dalam mencari kejayaan pastinya ada hikmah disebaliknya. Allah SWT lebih mengetahui setiap kehendak hambaNya. Apa pun, mereka tidak akan lupa diri. Jaga orang kita bah.. Tidak lupa juga untuk Alex yang membuat persembahan amat baik dan diramal menjadi juara namun bukan rezekinya. Naib johan, Idlan sasaran untuk jadi juara namun Kecik lebih berhak. Itulah rezeki namanya. Tahniah. Orang kita. All the best.

SHAH ALAM, 7 MAC 2010: Kumpulan Kecik dinobatkan sebagai juaraRaja Lawak 4 sekali gus mengenepikan 2 saingan mereka, Idlan dan Alex, dalam peringkat akhir yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Kecik yang dianggotai 2 jejaka dari Sabah – Safuan Madeaming, 20 (Wan), dan Mohd Ilham Rusdy, 19 (Achoe) – membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM14 ribu, sebuah kereta Naza Sorento, set karaoke Arezzo Hoffman, TV Plasma 42′ dan peti sejuk Haier serta jam tangan Hugo Boss…..

Sumber ; http://murai.com.my/