Salam

Akhirnya seperti yang aku jangka, Zulkifli Bin Noordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu dari PKR sudah meninggalkan partinya. Tapi bukan sebab lompat parti tetapi dipecat oleh parti beliau sendiri. Kalau beberapa MP PKR yang lepas mereka keluar parti lain pula kesnya dengan  Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ini yang sekian lama berhadapan dengan isu rasa ketidakpuasan hati kepada beberapa golongan dalam pkr dan juga Ahli parlimen shah alam. Sudah jelas beliau sudah dipecat.

Apa yang menarik kalau dilihat drama yang berlaku dalam pkr bagi mengelakkan kecelaruan rakyat, mereka memecat beliau. Nampak ada udang di sebalik sajian nasi goreng seefood. Jika mp lain keluar lompat parti dan mereka merasakan beliau juga akan lompat parti baik mereka pecat sahaja. mungkin mengelakkan tanggapan rakyat bahawa pkr semakin teruk. jadi memecat beliau  jalan terbaik menghilangkan tanggapan tersebut. adakah akan ada desakan kosongkan jawatan ahli parlimen mahupun solat hajat jika tidak mengosongkan jawatan?.sama-sama tungggu. good choice dan perancangan yang dibuat…hehe…

baca tulisan dalam blog beliau berhubung pemecatan tersebut.. KLIK

Advertisements