Salam

Hangat dan panas sistem politik kini dengan beberapa isu dan terbaru adalah isu lompat parti MP PKR dalam minggu ini sahaja sudah 2 MP yang membuat keputusan untuk meninggalkan PKR dan menjadi MP bebas. Desas desus dikatakan bahawa ada lagi beberapa MP bakal mengikuti jejak langkah MP bebas ini. Sejauh mana kebenarannya kita tunggu dalam seminggu ini atau pun sebulan pasti ada sesuatu yang akan berlaku. Hari ini menyaksikan MP Bagan Serai Perak telah membuat keputusan untuk keluar parti dan biasalah pada mulanya menjadi bebas. Masa akan datang, tak pastilah. Tunggu sahaja tak pun PRU13 nanti. Semasa pengumuman keluar parti itu juga beberapa MP PKR membuat lafaz ikrar untuk taat setia kepada DSAI dan parti. Paper Sinar Harian edisi Selangor hari ini di muka depan bertajuk ‘sokongan padu kepada Anwar’. Namun ada beberapa MP lagi yang tidak turut bersama dalam lafaz ikrar tersebut antaranya MP yang sekarang ini pelbagai isu dilibatkan iaitu MP Kulim Bandar Bahru dan MP Wangsa Maju.

Kalau kita menyelusuri dunia alam maya ini dengan membaca blog-blog politik sama ada pro pemerintah mahupun pembangkang pelbagai tanggapan dan kata-kata yang dilemparkan kepada ahli-ahli PKR yang melompat ini. Itu biarlah mereka dengan keluarga mereka. Hehe..Saksikan sajalah apa akan berlaku lagi dalam pergolakan politik negara. Kira oklah ni, ada point untuk tugasan proposal aku nanti. Sumber dah…

Gambar ni menunjukkan update terkini berkenaan MP parlimen negara masa ini semenjak beberapa MP PKR yang bertindak keluar parti. Aku ambil dari blog tertentu, tak pasti sama ada update yang betul atau sebaliknya. Tapi betullah ni. Kalau salah, minta betulkan. Blah dulu…Jap lagi meeting kelab dah….