Salam

Saja untuk berkisah berkenaan dengan hiburan tanah air negara tentang Raja Lawak musim 4 2010. Apa yang menariknya pertembungan 10 peserta sudah semakin menghampiri kemuncaknya. Ahad lepas sudah tamat minggu ke 7 dan peserta berbaki 4 lagi iaitu 2 berkumpulan dan 2 perseorangan masing-masing salah satunya ada wakil dari borneo dan utara. Lagi menarik ketika ini, persaingan yang berbeza melalui BAHASA MELAYU yang masing-masing ada loghat. Loghat Sabah (Kumpulan Kecik dan Alex) dan Loghat Utara (Kumpulan Mamu dan Idlan). Mungkin satu minggu lagi untuk ke Final dan satu lagi peserta akan disingkirkan sebab final raja lawak sebelum ini hanya 3 peserta akan ke final.

Sekadar makluman, salah seorang kumpulan Mamu yang berambut panjang tu pernah bertemu dan berbual seketika di Festkum 2009 di UKM cuti semester lepas. Perasan pun kawan yang pergi sekali festkum maklumkan ketika menyaksikan beberapa minggu aksi raja lawak tersebut. Rasanya memang betullah sebab dengar khabarnya peserta ni dari USM.Hehe. Saja je pun.

Apa pun, masing-masing ada gaya lawak tersendiri. Siapakah yang akan menjadi raja lawak musim ini? Adakah wakil dari borneo atau utara? 2 minggu lagi akan kita tahu jawapannya.

Untuk wakil Sabah Kecik dan Alex, All the best. Bawa nanti bah gelaran Juara Raja Lawak 4 ni ke Sabah nanti. Hehe. Bagus bah juga lawaknya kamu ni. Boleh ketawa juga semua orang. All the best.

4.37pm

16.02.2010

KUO

Advertisements