Salam

Saat coretan ini menyusur aku terkedu dan bingung dengan situasi sekarang ini. Tiada daya lagi memikirkan apa lagi hala tuju semua ini. Kalau dulu boleh bersama, kalau dulu boleh bergurau senda kenapa sekarang ini tiada lagi semua itu? Bukan mengharapkan sebegitu namun mengharapkan agar terbit sinar baru esok hari. Ya Allah permudahkanlah semua ini. Satukanlah hati-hati itu. Kembalikanlah ia seperti dahulu kala.Amin

Keterbukaan dan rasa tanggungjawab bukan lagi sandaran meneruskan segalanya. Cuma mengharap ianya akan terus berkesinambungan. Rungkaikanlah segalanya menjadi sediakala. Sikap itu buanglah. Selama mana ia bertakhta di hati, selama itulah terus menerus menguasai diri dan natijahnya memberi kesan kepada semuanya. Akal berbicara sejauh mana kehendak hati tetapi masihkah mengkehendaki semua itu?

Perkara sudah berlalu dan tiada lagi guna untuk diimbas semula cuma perlu mengambil pengajaran darinya. Tidak perlu menidakkan segala, cuma menidakkanlah perkara sudah berlaku menjadi semula. Ada akal dan fikirkanlah. Kita bukan ke mana, sejauh mana kata-kata luar menusuk lubuk hati dan terus berduka, kenapa tidak pula untuk mengembalikan semula suka itu untuk menangkis segalanya itu? Jalan dipilih itu mungkin terbaik pada diri tetapi pada orang lain pasti akan menggugat prinsip yang telah diberjanjikan bersama. Cukuplah, berlalu ia, berlalu jugalah bukan berlalu juga keinginan itu. Aku pinta, tegakkan pendirian. Hubungkan jalinan kasih itu semula. Andai mampu menjadi penyelesai segala itu, aku akan cuba tetapi tidak mampu. Tiada daya. Apa pun, wahai segala itu keluarlah dari meniti hati mereka-mereka itu. Keluarlah. Biarkanlah mereka seperti sediakala, segala itu hanya menidakkan kemahuan mereka.

2.29am

10.02.09

KUO