Salam

Diucapkan selamat datang dan berkunjung ke Kolej Ungku Omar pada hari esok sehingga 07.02.2010 kerana Flora Fauna Festival akan bermula. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan dan ketika tangan ini menaip kedengaran hiruk pikuk para penggerai sedang mengemas atau memunggah barang di khemah gerai masing-masing.Pastinya akan menyajikan pelbagai juadah, barangan dan aksesori serta pelbagai lagi. Esok juga bersamaan dengan hari khamis iaitu waktu malam akan diadakan forum perdana dengan tajuk yang cukup puitis iaitu Ketika Alam Berbicara sempena konsep hari terbuka kuo kali ini bertemakan flora dan fauna dengan tema “ Gemersik Suara Alam”. Selamat datang diucapkan.

Advertisements