Salam

Dalam kesibukan menguruskan hari terbuka kuo kali ini, demam pula datang lagi. Pagi tadi terkejar ke sana sini menguruskan peralatan yang sepatutnya boleh diambil dari pelbagai lokasi hari ini. Penat memang penatlah tambahlah lagi demam yang baru nak singgah. Tapi tak apalah, rasanya sudah selesai semuanya pinjaman dan barangan sudah diperolehi walaupun pagi tadi ada berlaku sedikit masalah untuk mengambil barang. Biasalah tu. Salah faham kecil. Semuanya sudah berjaya diselesaikan. Petang tadi tidak dapat bersama rakan JMK  untuk menyelesaikan baki barangan yang tertunda pagi tadi disebabkan ada kuliah dari pukul 2 sehingga pukul 7 pm tadi.

Cuma nak berkongsi sedikit berkenaan dengan kuliah petang tadi untuk subjek perkembangan aliran pemikiran politik Malaysia. Alhamdulillah sudah selesai membuat pembentangan tugasan individu yang sepatutnya minggu lepas namun balik Sabah masa tu. Pembentangan tajuk budaya politik melayu mungkin begitu kecoh untuk dibentangkan mahupun semasa sesi soal jawab minggu sebelumnya. Hari ini sedikit suram hanya sesekali pendapat-pendapat dikemukakan oleh beberapa rakan pelajar dan juga soalan dari pensyarah. Agak mencemaskan juga pendirian ditanya berkenaan dengan politik. Faham-fahamlah sensitif sikit kalau kita memberikan pandangan yang menampakkan kita menyokong pihak-pihak tertentu dan pastinya rakan pelajar akan kecohlah nak serang dengan pendapat mahupun soalan tambahan. Macam gaya dalam parlimen pula.

Ada yang menyokong ada juga yang sedikit membantah dengan isi pembentangan aku tadi. Apa pun, seperti aku katakan di kelas tadi ” saya bersifat neutral tidak menyokong mana2 pihak sepenuhnya” . Mungkin ini permulaan untuk mendiskusikan persoalan politik secara face to face dan dalam kelas tadi bolehlah seimbang dari segi fahaman atau keterlibatan pemikiran pelajar dalam parti-parti dinegara ini. Paling penting didiskusikan secara ilmiah bukan kerana “ketaksuban” kepada fahaman parti yang disokong. Jom sembang politik !

9.29pm

03.02.10

KUO

Advertisements