Salam

Post pertama datang upsi sejak balik ke Sabah hari tu. Tugasan tertangguh sudah dihantar dan terima kasih kepada pensyarah sebab faham situasi aku. Berlambak lagi tugasan sedang menanti dan sekarang ni demam terasa pula sejak balik. Terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan sepengajian dan rakan-rakan upsi dengan doa anda semua. Urusan di Sabah sudah selesai. Semoga arwah bapa sentiasa dalam rahmat Allah swt.Mungkin sukar untuk menerima hakikat dia pergi dulu, namun sebagai manusia yang masih lagi bernafas di muka bumi ini kena tabah dengan semua dugaan mendatang. Arwah bapa yang telah banyak mengajar aku pelbagai makna dalam diri. Dialah sebagai hero aku sejak aku mendapat “ganjaran” tangannya dan sehingga kini masih lagi dalam ingatan untuk aku kagumi sebagai sandaran untuk tidak menjadi nakal lagi walaupun kadang2 sekali sekali nakal itu kembali.

Tiang rumah itulah tempat dahi aku dihantukkan akibat kenakalan aku masa kecil dulu sehinggakan dahi bengkak. Menangis terus menangis sehingga tertidur, dan terjaga dek dahi terasa tangan seseorang mengusap ubat minyak cap kapak ke kawasan yang bengkak. Buka mata, bapa sedang duduk di tepi mengusap dahi anak dia ni. Sejauh mana seorang ayah mendenda anaknya, dia tetap sayang juga. Semuanya hanya kerana bagi pengajaran. Hal inilah yang membuatkan diri terasa sayu. Banyak mengajar aku erti mengalah dengan adik beradik, menjadi pemarah tapi untuk kebaikan dan paling utama dia selalu pesan, tolonglah adik beradikmu selagi mana mereka memerlukan bantuanmu. Mengajar aku erti berdikari, melakukan kerja tak harapkan bantuan dan banyak lagi dia ajarkan. kadang-kadang selalu bertekak hal-hal yang tak sependapat namun bukan niat untuk menyakiti atau berbuat jahat kepada orang tua. hanya untuk kebaikan juga. Doa kepada Allah semoga roh arwah bapa dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah.

Satu pengajaran bagi diri sendiri dan juga orang lain, manusia akan kembali ke asal usul kita. Hanya persiapan untuk akhirat mesti diusahakan sebanyak yang mungkin untuk mendapat rahmat dari Allah. Semoga kehidupan kita akan sentiasa dalam rahmatNYA.

Topik lain, terserempak petang tadi dengan salah seorang calon umum MPP yang telah berjaya dalam kelompok 5 tertinggi yang sepatutnya menjadi Rakan Exco aku. Kira adik juga, bekas salah seorang AJK pelaksana program kendalian aku. Sempat bertanya hal-hal berkaitan dengan situasi PRK semasa. Ada bantahan ke apa ke. Malam ni dia kata ada meeting. Tak tahulah meeting apa. tanya bila meeting pemilihan kabinet, dia jawab tak tahu lagi. Aku plak yang tak sabar. Apa pun, all the best je la adik..

11.15pm
31.01.2009
KUO

Advertisements