Tak timbul isu lebihan guru

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk dan mengucapkan terima kasih kepada surat daripada Lee Nyan dari Langkawi Kedah dalam ruangan ini pada 6 Januari 2010 bertajuk Atasi masalah lebihan guru.

Untuk makluman, kedudukan guru pada Januari 2010, dianggarkan terdapat kekurangan sebanyak 11,238 guru di sekolah menengah setelah mengambil kira penempatan calon guru lepasan program yang tamat November/Disember 2009 iaitu DPLI seramai 1,136 dan B.Ed (TESL) seramai 250 orang.

Manakala di sekolah rendah terdapat kekosongan jawatan guru sebanyak 5,211 setelah mengambil kira penempatan calon guru lepasan Program KPLI yang tamat pada November/Disember 2009 seramai 5,976, PISMPK seramai 1,387, B.Ed (TESL) seramai 250 dan keluaran IPTA Pendidikan Rendah/Pra Sekolah 171 orang.

Secara keseluruhannya, pada ketika ini, isu lebihan guru sewajarnya tidak timbul sama ada di peringkat menengah atau rendah.

Untuk makluman, kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) sememangnya telah lama wujud dalam menentukan unjuran keperluan guru bagi bekalan sekolah menengah. Unjuran tersebut dikemaskinikan pada setiap tahun dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

l Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperoleh dari setahun ke setahun.

l Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat menengah telah diperoleh bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.

l Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran teknik, vokasional dan kemahiran.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

————————————————————————

Salam

Maklumat ini aku ambil dari ruangan FOrum di Utusan Melayu online hari ini 19.01.10. Sejauh mana kebenarannya kita hanya menantikan perkara ini dibincangkan secara mendalam. Baru-baru ini berlaku salah faham sedikit antara pihak KPM dengan UPSI sehinggakan buletin utama tv3 menyiarkan permasalahan tersebut. Isu guru yang tidak mendapat penempatan mengajar sedangkan sudah sepatutnya mengajar seperti rakan lain yang sekelompok mereka sudah mendapat penempatan. Apa pun, kaji sebetulnya permasalahan dan memberikan maklum balas yang dapat memuaskan hati semua pihak.

4.04pm 19.01.10

KUO