Salam

Menjenguk semula ke blog ini disebabkan masalah laptop. Sekarang ini mungkin sudah ada jalan penyelesaian walaupun pasang sini, sambung sini, sambung sana laptop dan LCD. Walaupun laptop mengalami masalah skrin dan sekarang ini hanya menggunakan skrin PC iaitu LCD LG yang baru dibeli baru-baru ini. PC ni pun ada masalah juga. Macam-macam. Mungkin boleh melakukan kerja kuliah seperti biasa. Sebelum bercerita lebih panjang lagi, ucapan takziah kepada 2 pihak keluarga pelajar Upsi yang baru-baru ini terlibat dalam kemalangan dan kedua-dua pelajar ini tidak dapat diselamatkan. Sukar juga untuk menerima hakikat bahawa ajal sudah menjemput mereka dan  kedua-dua pelajar tersebut merupakan pelajar kolej tempat aku menginap yakni kolej ungku omar. Mereka juga merupakan bekas JMK KUO dan salah seorang mangsa adalah kenalan di kolej ini yang selalu aktif  memberikan ceramah kepada empunya diri ini. Sahabat ini juga pernah singgah ke blog ini untuk memberikan komen dan link blog.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua. Al Fatihah.

Minggu ini agak sibuk seketika dengan urusan program terbesar kolej semester ini. Semoga urusan dipermudahkan. TUgasan kuliah semakin menerjah untuk dikenali seterusnya untuk dirapati bagi mengaplikasikannya ke ruang penulisan. Minggu depan juga bermulanya pembentangan tugasan individu kursus aliran pemikiran politik. Masih lagi mengumpul idea untuk memilih 4 soalan yang disediakan walaupun bidang politik yang selama ini menjadi pemerhati keadaan. Soalan yang lebih berkisar kepada politik, PRU-12, sejarah perjuangan tokoh politik dan ini pastinya mengundang pelbagai tanggapan namun sebagai tugasan kuliah perlulah menjadikannya sebagai pemikiran yang rasional. Sudah menjadi kebiasaan pelajar kini ada yang cenderung kepada isu politik sekarang ini, malahan ada yang terlebih taksub dan malas melayan perbezaan pendapat yang tidak menepati kehendak tugasan kuliah. All the best.

Pemilihan latihan industri cuti semester ini masih membelenggu rakan-rakan dan aku sendiri untuk memilih tempat yang benar-benar dikehendaki oleh diri sendiri disamping memikirkan kos perbelanjaan sepanjang LI dalam tempoh 8 minggu. Penetapan tempat atau negeri oleh pihak Upsi hanya memilih beberapa negeri iaitu, Selangor, Perak,  Kuala Lumpur dan  Putrajaya. Pasti mengundang pelbagai masalah terutamanya masalah kewangan. Apa pun cabaran pertama sudah tiba, cabaran kedua yakni praktikum semester 8 nanti akan menyusul.  Kepada sesiapa yang ada tempat atau cadangan bolehlah menghubungi akubah yang melibatkan jabatan kerajaan atau pun sektor swasta. Apa pun janji boleh jimat kos dan pengangkutan mudah didapati…..All the best.

10.18pm

13.01.10

KUO

Advertisements