Salam

Sudah masuk tahun 2010 dan coretan kali ini adalah yang pertama untuk tahun ini disebabkan masalah laptop yang mengalami kerosakan. Coretan ini menggunakan laptop rakan yang meminta untuk ditengokkan masalah laptop ni dan seterusnya mahukan windows 7. Nasiblah sesalinan software windows 7 sempat direkodkan di dalam cd. Setakat ini sudah 6 laptop yang mahukan windows 7 dan tiada sebarang caj dikenakan sekadar membantu rakan-rakan.Kebanyakannya dari laptop rakan sendiri.

Apa pun masih dalam perancangan untuk mencari ilham mendapatkan laptop mahupun PC. Sumber kewangan utama belum lagi masuk sehingga setakat ini dan apa yang dimaklumkan oleh sumber-sumber terdekat kemungkinan akan masuk dalam tempoh 15-2ohb Januari ini.

Kuliah sudah bermula dan sudah ada beberapa tugasan individu yang perlu dilunaskan. Memikirkan tiada kemudahan hanya mampu menangguhkan sementara melunaskan tugasan tersebut. Hari ini, 6hb Januari akan diadakan sesi taklimat berkenaan dengan latihan industri bagi kos pengajian malaysia  dengan pendidikan ambilan pertama pada cuti semester ini nanti. Mungkin satu percubaan peluang bagi mahasiswa untuk berkecimpung seterusnya menimba pengalaman semasa latihan industri nanti. Jika diizinkan oleh pihak jabatan ingin kiranya kembali sejenak ke tempat bekas aku kerja dulu untuk membuat latihan industri di sana yakni Jabatan Akauntan Cawangan Miri Sarawak. Mungkin agak jauh dan kos yang banyak, mungkin persoalan ini akan dikemukakan sesi taklimat nanti. Bukan apa, cuma ingin menjenguk sambil menjalankan tugasan. Semoga dipermudahkan.

All the best

12.45am

6.1.10