Salam

Demam masih lagi “menemani” aku saat ini. Dah hampir seminggu demam berterusan, surut sekejap tapi datang semula. Ubat peninggalan demam-demam dahulu sudah habis untuk merobek si demam ni. Namun masih lagi berkuasa menguasai diri. Petang semalam cuba untuk turun melakukan kerja tertunda disebabkan rakan asyik mengusik tak buat kerja. Malamnya, demam tiba-tiba bermaharajalela dengan gelombang panas rasa badan dek di dalam bilik lingkungan penyaman udara. Mungkin kesejukan di balas kepanasan sebelah malamnya sehingga badan lemah letih nak bangun.

Bukan berpura-pura demam apabila usikan rakan mengatakan aku dilihat sahaja tapi dalaman membara dengan kedemaman tapi cuba ditahan. Takkanlah depan orang nak menunjukkan lemah saat demam, tapi cuba untuk menyesuaikan agar tak nampak demam itu ada. Apa pun, sedikit kerja sudah dilaksanakan atas bantuan rakan. Terima kasih.

3 hari lagi kuliah semester baru akan bermula dan menjadi persoalan kepada rakan dan juga pelajar Upsi keputusan peperiksaan semester lepas hingga saat ini masih lagi belum dikeluarkan. Begitu juga sumber kewangan utama pelajar iaitu PTPTN. Sumber terdekat mengatakan, keputusan peperiksaan semester lepas akan dikeluarkan pada hari pertama kuliah iaitu 28hb Disember ini. PTPTN pula akan menyusul pada 20hb Januari 2010. Mengeluh beberapa rakan ketika mendengar tarikh kemasukan sumber kewangan yang lebih kurang sebulan dari sekarang. Bersabar sahajalah.

Sekadar mengisi ruang masa ketika ini dan tiada intipati kata-kata untuk meneruskan coretan ini. Rakan serumah aku sejak tengahari tadi mengadu demam pula. Tak pastilah terkena jangkitan demam aku ni. Apa pun semoga dipercepatkan sihat. Amin.

P/s : ayat lain macam je kan. Tak tahulah. Layan.

8.24pm

24.12.2009

KUO