Salam

Selang sejam aku membuat coretan sebelum ini, keputusan peperiksaan sudah dikeluarkan pada jam 9.25 malam tadi. Itu pun aku terbaca status YM kawan yang mengatakan result sudah keluar. Syukur Alhamdulillah ada peningkatan saban semester walaupun tidak mendapat tahap anugerah namun bersyukur sangat sebab semester lepas kerisauan sering menguasai diri dek kurang yakin dengan semasa belajar dan menjawab.

Tahniah juga diucapkan buat seseorang yang telah menjadi teman belajar dan mendapat peningkatan yang mendadak dan sedikit lagi akan mendapat anugerah. Semoga di masa akan datang tercapai hasratmu. Teruskan perjuangan.  All the best.

Paling menggembirakan dan melucukan kursus Pengantar Etika mendapat pengiktirafan aku sendiri untuk mendapat hasil yang diimpikan yang menyediakan salah satu tugasan berbentuk penghasilan video iaitu  filem pendek Cintaku Tertinggal Di Perak . hahaha..saja je.  Macam anugerah box office la pula. Apa pun teruskan usaha lagi. Pasti berjaya. Amin.

11.04pm

24.12.2009

KUO