Salam

Ucapan selamat menyambut tahun baru Islam 1431H dan tak terlewat lagi untuk mengucapkannya. Tika ini demam melanda dan semalam ianya bermula. Tak keruan rasanya dan tak ada mood untuk melakukan sebarang kerja. Program kolej 26hb-27hb Disember ini masih lagi tergantung tanpa perancangan. Mood membuat perancangan terhenti dengan demam yang menguasai diri.

Tak lama lagi semester 2 sesi 2009/2010 akan membuka tirainya. Kehangatan kehidupan suasana kampus akan berdetik kembali tatkala aku dalam tempoh cuti ini duduk di Kolej sahaja, sekali sahaja mengikuti rombongan peserta dari Upsi untuk pertandingan kebudayaan Makum di empat lokasi pertandingan dan aku serta beberapa orang rakan menjadi sukarelawan program tersebut bertempat di UKM. Sedikit sebanyak ada pengalaman baru dan mengisi masa lapang cuti semester.

Semalam diadakan perjumpaan bersama JMK Kolej bagi menyediakan perancangan untuk aktiviti pelajar kolej semester hadapan. Walaupun demam digagahi diri untuk mendengar maklumat dan tugasan baru yang bakal dilaksanakan. Pastinya semua mengharapkan perancangan yang lebih baik lagi dari semester lepas bagi mendapatkan input yang berguna kepada sesiapa yang terlibat khususnya dalam dunia mahasiswa pada hari ini.

Tiada kata lagi untuk meneruskan coretan ini demam menidakkan semangat untuk menekan keyboard laptop. Teringat Laptop aku sejak sekian lama bersama dengan aku sejak bulan 9 tahun 2006 sehingga minggu lepas akhirnya ‘demam’ juga dan amat sukar untuk dipulihkan. LCD laptop mengalami kerosakan dan perlu digantikan dengan yang baru dengan kos anggaran RM800. Mahal tu. Sekarang ini hanya menggunakan laptop adik yang hanya diguna sepanjang cuti ini dan akan dikembalikan semula. Jadi semester depan tak tahu lagi bagaimana untuk melakukan kerja kampus atau sebagainya. Laptop aku direhatkan sementara memikirkan jalan baru sama ada untuk dibaiki atau membeli PC yang kosnya lebih kurang dengan kos membaiki LCD laptop. Semuanya masih difikirkan dengan kekangan kewangan sekarang ini. Apa pun semoga dipermudahkan.

6.38pm

19.12.09

KUO