SalaM
Dah sampai kolej dah. Baru buka laptop, tak bawa laptop pun pi UKM. Menyesal juga, kawan-kawan lain bawa boleh layan internet time tak busy dengan tugas. Selesai sudah Festkum 2009 dan seperti biasalah UKM juara keseluruhan dengan rasminya diumumkan semalam semasa majlis penutupan di UM. Tempat ke-2 UITM dan UPM tempat ke-3 keseluruhan. Upsi bolehlah juga dapat beberapa kemenangan. Pantun mendapat tempat ke-3 , kira dapat gangsa. Dikir barat dapat persembahan muzik terbaik, kira dapat emaslah walaupun tak dapat tempat dalam acara utama. Lagi satu dapat perak, entahlah aku lupa acara apa. Apa pun tahniah kepada Upsi.
Cuma apa yang nak dikongsikan di sini, Duk menginap di Kolej Dato Onn, kira dekat dengan Dectar UKM untuk memudahkan membuat kerja. Kita orang yang jadi sekretariat peralatan dan teknikal semasa latihan di Upsi jadi sekretariat pelbagai. 10 orang berpecah kepada 3 bahagian. Aku dengan 3 orang kawan jadi bahagian Jamuan festkum di UKM. Kira sukarelawanlah. Nampak lucu juga, sebelum bertolak ke sana pegang benda lain, sampai je pegang jamuan pula. tapi oklah pengalaman baru. BUkan senang nak handle makanan semua peserta. Lain lagi nak uruskan tempat jamuan yang agak luas, mengemas setiap kali selesai time makan or minum. Tapi yang seronoknya dapat makan banyaklah, hehe. Dah jadi ajk jamuan, biasalah.
Memang seronok dengan kerjasama yang diberikan oleh sukarelawan dari UUM, UTHM, UKM dan USIM yang bertugas dilokasi tuan rumah UKM. Dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Ceh..Bolehlah. Gambar-gambar kenangan masih dalam simpanan kawan, tak sempat ambik bah. Ada pun, muka aku jarang dalam gambar tu.hehe.
Apa pun, enjoylah. Program aku di kolej ni masih dalam perancangan lagi. erm.. All the best jak lah.
3.15pm
14.12.2009
KUO
14 Disember 2009 at 5:27 PM
tahniah upsi. tanpa korang, mesi event x berjalan dgn baek. Sy, mewakili kump tarian UKM nak ucapkan berbanyak2 trima kasih dan syabas atas usaha kalian. smoga kita jumpa lagi nanti InsyAllah.
14 Disember 2009 at 7:55 PM
terima kasih kembali. tanpa tunjuk ajar semuanya juga pasti tak lancar. pe pun, enjoy bekerjamsa dgn sukarelawan dan anda semua di UKM. semoga di masa akan dtg, kita akan berkolaborasi lagi semula. tidak lupa ucapan tahniah atas kejayaan juara Festkum 2009.
tentang sikap segelintir IPTA lain semalam di harap tidak diambik hati, biasalah dlm apa jua perjuangan ada pihak lain akan mencemburui kita. all the best.