Salam

Semalam, seharian bertugas di Kampus memastikan kelancaran latihan yang dibuat oleh para peserta dari UPSI yang akan mengikuti Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) di bawah kelolaan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) yang akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia bermula 9hb-13hb Disember 2009.

Sebagai Sekretariat peralatan dan teknikal UPSI yang akan mengikuti rombongan peserta kelak banyak yang perlu difokuskan dalam memastikan kelancaran semasa latihan dan juga semasa di UKM nanti.Pastinya mengharapkan kemenangan dari setiap pertandingan yang disertai. Masa aku menulis ni, tengah berehat dan petang nanti akan melakukan tugas seperti biasa dan malamnya akan diadakan satu taklimat oleh ketua kontinjen Upsi kepada semua yang terlibat.

Esoknya akan bertolak ke UKM sebab dimaklumkan acara boria dimulakan awal sebelum majlis perasmian yang dijangka pada 9hb ini.

Apa pun sedikit sebanyak memberi pengalaman yang cukup berharga kepada diri ini. Walaupun sebagai pengiring dalam persiapan peralatan dan teknikal. Semoga apa yang diusahakan akan menemui kejayaan. Amin.

Untuk info lanjut bolehlah melayari