Salam

Kecoh dan hingar bingar sekarang ini dengan isu Biro Tata Negara (BTN) yang menjadi isu baru pihak pembangkang untuk menarik perhatian rakyat khususnya di Selangor. Paper Sinar Harian 2 hari yang lepas menurut Menteri Dalam Negeri akan mengemukakan kepada umum berkenaan dengan modul-modul yang terkandung dalam BTN ini yang dikatakan kononnya sebagai program mencuci otak oleh pihak tertentu. Paper Berita Harian semalam juga menyentuh isu ini berkenaan dengan polemik yang dilakukan oleh pihak ini.

Pemimpin Selangor telah mengeluarkan arahan khususnya TIDAK akan membenarkan mana-mana kakitangan awam dan juga pelajar IPT negeri ini untuk melibatkan diri dalam program BTN. Dakwaan yang diberikan BTN ini hanya berkepentingan politik pihak pemerintah, menimbulkan isu kaum dan macam-macam lagi alasan yang pihak ini telah rangka.
KLIK SINI BACAAN SETERUSNYA
Isu ini terus menjadi perhatian sama ada dalam blog-blog dan juga forum-forum alam maya untuk sama membincangkan kerelevanan, rasional dan arahan ketidakterlibatan tersebut. Bagi yang pernah mengikuti program BTN ini pasti tahu apakah sebenarnya yang berlaku di program berkenaan. Aku sendiri juga telah mengikutinya 2 tahun yang lepas di kem kawasan Selangor, Sepang.

Modul-modul yang dirangka dan dilaksanakan bukanlah seperti yang didakwa. Macam biasalah program-program pembinaan jati diri, hal-hal kenegaraan serta erti perpaduan yang diberikan kepada peserta. Semangat kerjasama, motivasi dan sama waktu dengannya seperti biasalah terus diselitkan.

Logiklah dikatakan program bawah kerajaan pasti ada sahaja yang tidak memuaskan hati pihak tertentu. Seperti dakwaan mencuci otak bukanlah isu yang hangat untuk dibesarkan. Perkara biasa. Ada akal juga sebenarnya setiap peserta program untuk menilai sejauh mana cara pihak BTN ini mencuci otak peserta. Tak kanlah kena cuci terus kot. Tak kan tak kuat semangat kepartian sebelum menyertai BTN ini akan hilang terus, apa kata orang berpaling tadah dari kepartian dulu. hehe. Macam-macam. Tak kan dalam BTN ini sahaja perlu diperhatikan.Kalau masjid dan surau  jadi pentas politik boleh pula, khutbah jumaat hampir isi khutbah menyentuh politik. Aku sudah alami sendiri bah, duduk sahaja pelik pula aku dengar khutbah ni. Parti ni parti tu disebut-sebut. Jemaah lain pun hairan sambil terjenguk-jenguk siapa yang bertugas membacakan khutbah. Kes ini macam mana pula?

Sebelum aku join BTN ini selalu jugalah dengar desas -desus dari rakan-rakan bahawa mereka tak suka dan takut  join BTN sebab ada diselitkan unsur politik yakni cuci otak. haha. Kotor sangatkah otak tu sampai join BTN dicuci terus. Mungkin orang tak tengok dan ambik kisah dengan pengisian sebenar program tu. Ini sikit-sikit program kerajaan mulalah kata itu ini. Bagi akulah, yang dikatakan cuci otak tu lebih kepada penjernihan otak yang selama ini mungkin berpandangan serong kepada kerajaan dari segi pentadbiran, kebajikan dan sebagainya.

Jadi untuk berkhidmat dengan kerajaan (BTN ini syarat untuk pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pelajar ipt dan banyak lagilah) kenalah bersih dari gejala tak baik yang sebelum ini dipengaruhi pelbagai anasir (faham2lah bah kan).

Peliknya, kenapa dari dulu tak kecoh macam sekarang? Atau sudah insaf sekarang ini? hehe. atau pun ada perancangan tersembunyi. Tak apa, kita sama-sama tunggu. Kedengarannya juga negeri bawah pembangkang Negeri Pulau Pinang akan mengikut jejak kawan karib negerinya. Biasalah tu bah. Genglah katakan. Sehati sejiwa. Tapi kena ingat juga, ramai pembangkang yang pernah join BTN ini. Apa maklum balasnya? Masa join dulu-dulu, selesai program BTN kenapa tak kecohkan? Sekarang baru pula nak kecoh. Dulu kecoh juga tapi taklah sampai larang-larang nak join. Biasalah macam aku cakap, sudah ada kuasa. Boleh jeh buat arahan.

Tapi yang pastinya ataupun biasanya kalau penyokong pihak pembangkang akan bersetuju juga dengan dakwaan tersebut walaupun selama ini mereka pernah join dan tahu macam mana pengisian BTN tu. Kalau ada yang tak sokong dakwaan tu baguslah, maksudnya tak kena cuci otak, tiada istilah cuci otak. Satu sahaja kena ingat, join ke apa ke akal gunalah baik-baik untuk nilai positif dan negatf semasa join BTN tu.

All The Best

2.39am

30.11.2009

KUO