Salam

Esok sudah bermulanya adik-adik sekolah menengah terutamanya perjuangan untuk menghadapi STPM. Untuk adik aku yang akan mengambil STPM di SMK Bum-Bum Semporna Sabah semoga berjaya. Teringat kembali kenangan mengambil peperiksaan ini tahun 2003 yakni STPM dulu di SMK Abdullah Semporna memang sesuatu yang amat menarik. Sepanjang peperiksaan aku dari kampung yakni Pulau Bum-Bum.

Bayangkanlah setiap ada exam aku awal-awal lagi kena bangun sebab jarak ke SMK Abdullah di Pekan Semporna yang boleh dikatakan jauh dari Pulau. Bermulanya naik kenderaan sama ada bas atau kereta dari kampung ke jeti Pulau yang mengambil masa dalam 15 minit. Kemudian dari Pulau akan menaiki bot penambang ke Pekan Semporna yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke jeti Pekan. Kemudiaan akan menaiki kereta sapu ke SMK Abdullah dalam masa 7 hingga 10 minit sampai ke sekolah. Itu adalah perjalanan yang lancar dan tiada gangguan.

Kalau ada gangguan faham2lah. Jalan sibuk, bas pulau tiada, lambat, hujan dan macam-macam lagilah. Bertolak dari rumah dalam pukul 6.30 pagi dan mungkin biasanya akan sampai dalam pukul 8.30 pagi di sekolah. Begitulah seharian sekiranya ada exam. Pulang pula bayangkanlah selesai exam tepat pukul 5 petang. Terpaksa cepat-cepat pulang untuk mengelakkan bot dan bas tiada ke Pulau. Waktu petang dan nak malam biasalah. Ada bot atau bas pun, kalau nak cepat sewa jelah.Sehinggakan ada beberapa paper petang aku terpaksa keluar awal dan boleh dikatakan siap jugalah bagi mengelakkan masalah.

Sepanjang belajar di sekolah ni aku duduk asrama tapi aku mengambil keputusan untuk mengambil exam dari rumah. Itu kegemaran aku. Tak tahu kenapa. Sedangkan kawan-kawan mengatakan aku sengaja cari risiko sebab takut ada masalah nanti. Lambat masuk exam, masalah kenderaan dan sebagainya. Tapi aku bertekad juga untuk mengambil peperiksaan dari rumah. Walaupun sukar namun usaha tetap diteruskan.

Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Paling aku tak lupakan semasa exam, aku menaiki bot ke Pekan dan dalam perjalanan tu bot penambang tersebut ditahan oleh Polis laut untuk mengenal pasti pendatang tanpa izin. Masa ditengah laut tu. Dah lah masa tu aku dah lambat, pastu semua penumpang kena mengeluarkan dokumen diri, aku tak adalah sebab pelajar. Mereka tak minta pun. Pastu ada pula beberapa penumpang yang ada masalah dokumen pengenalan diri. Mulalah bincang itu ini.

Lama sangat sehinggakan pemandu bot sarankan agar diselesaikan masalah sebab ada pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Fahamlah tu aku sorang saja dalam bot tu. Polis pun faham dan masalah tu diselesaikan di jeti sebaik bot sampai. Aku bergegas terus jalan, nasiblah sempat lagi. Itupun sedikit masa lagi nak mula dah exam. Kalau tak, payahlah nak tumpu menjawab.

Hari terakhir exam, masa tu bulan puasa. Selepas exam petang tu juga kami satu kelas berpakat berbuka puasa bersama-sama. Seronok gila. Kenangan bersama teman belajar, teman gaduh, perempuan dah yang sering menjadi rebutan rakan sekelas dan rakan kelas lain sekarang ini dia sudah menjadi guru di SMK Bum-Bum masih segar dalam ingatan. Aku tergolong jugalah nak merebut..hahaha…Tapi rakan belajar sahaja. SAHAJA. Berdua, teman tetapi mesra. Ceewaahh..

Tak sangka hasil soal selidik dia semasa kami bersama belajar dulu tentang Pulau dan Sekolah tersebut membayangkan dia akan berkhidmat di situ. Syukur jugalah dia dah berjaya. Semasa ROS baru-baru ini, di situ juga kami berjumpa semula setelah sekian lama jarang berjumpa.

Melalut panjang dah pula. Apa pun, semoga berjaya kepada adik-adik semua yang akan dan sedang menghadapi peperiksaan SPM dan juga STPM. Semasa aku mengambil STPM dulu, 2 orang adik aku juga mengambil PMR dan SPM dalam tahun yang sama. Tahun ini juga, 3 orang adik aku mengambil peperiksaan yang sama PMR, SPM dan STPM. Semoga berjaya.

Semoga apa yang diimpikan akan membuahkan hasil dan ingatlah kejayaan kita adalah hasil usaha kita bukan hasil disebabkan jalan pintas, menipu atau sebagainya. Kenangan terindah itu semuanya akan memberikan erti jika dilakukan dengan usaha yang ikhlas dan penuh semangat. ALL THE BEST !

8.51pm

22.11.09

KUO