Salam

Selepasa sahaja masa menjawab kertas exam Kemahiran Berfikir baru isnin lepas, seorang rakan sebelah meja memberitahu Filem Ketika Cinta Bertasbih sudah boleh ditonton melalui YouTube. Tau-tau  je rakan ni aku suka yang jiwang-jiwang. Haha. Balik sahaja hujan lebat, excited pula nak tengok. Malam tu tak dapat tengok sangat sekadar download je. Tu pun line internet buat hal. Baru sebentar tadi dah tengok tapi part 3 hingga 9 corrupt pula. Tapi tengok part 1, 2 hingga 10, 11 dan last yang ke 12 macam ada sesuatu yang menarik. Mungkin selepas exam terakhir esok bolehlah layan lagi. Novel pun aku tak baca, heboh juga dengar novel ni best macam novel ayat-ayat cinta yang pernah di filemkan juga. Filem ayat-ayat cinta memang powerlah. Layan. Hahaha..

Aku tak dapat nak menyimpulkan lagi secara keseluruhan filem ni sebab tak tengok habis lagi. (macamlah pengulas filem pula). Lain lagi layanan untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi last exam esok. Harap semuanya berjalan lancar. Last exam di Upsi akan berakhir 19hb ni, aku last esok. Dah ramai dah yang balik cuti semester. Biasalah paper awal habis. Biasalah tu. Aku balik mana pula? Ermm. Duk sini lagilah alamatnya.

Cerita sikit berkenaan dengan tajuk novel atau filem ni yakni Ketika Cinta Bertasbih seolah-olah menggambarkan cinta itu ada nyawa untuk hidup dan membantu sekalian manusia dalam menyelusuri kehidupan penuh dugaan ini. Cinta bertasbih bukan cinta yang biasa. Pengertian bertasbih sudah memberikan pengertian jelas apakah cinta yang sebenarnya. Cinta sejati, abadi atau sebagainya jenis cinta yang sering menjadi hangat diaplikasikan ke arah cinta yang pelakunya inginkan. Pastinya bertasbih itu untuk kepenting pelaku cinta ke arah mengharap redha Allah S.W.T. Manusia pun melakukan sedemikian untuk menjadikan kehidupan sentiasa dalam rahmat dan kesejahteraan Maha Pencipta.

Aku bukan pengulas erti cinta sebenar bahkan tetapi masih mengharap erti sebenar cinta ke arahaNYA dan apakah cinta manusia yang mereka diidamkan dalam sanubari. Transformasi ke arah lebih baik dan menjaga akan lebih baik lagi selaras kehendak agama serta syariat. Apakah cinta ini? Ceh macam tugasan etika aku pula. Haha. Apa pun, layan je sambil mencari sesuatu yang tersembunyi dalam filem ini. Pasti ada. All the best.

Nak promosikan satu windows untuk komputer dan laptop yang sedang hangat sekarang ini. Laptop aku, sudah mendapatkannya. Haha. Cantik bah. Simple tapi menarik. Mahu cuba? Boleh menghubungi aku. Ceh. Aktif windows secara automatik. Kira mengalahkan windows vista jugalah walaupun alah-alah windows vista juga segala item-item tapi banyak reformasi, transformasi dan evolusi yang digunakan. Microsoft word 2010 lagi canggih, siapa nak cuba. Bukan trial. Forever selagi laptop tak diformat…haha.. Layan….

11.37pm

17.11.09

KUO

Advertisements