Salam

Isnin yang lepas (26.10.09) berkesempatan pergi ke Ipoh sebab ada hal yang perlu diselesaikan. Walaupun sekadar berada disekitar Perhentiang Bas Ipoh dan lepak di Kedai Billion kehangatan isu tidak dapat dijelaskan sepenuhnya lagi sebab kehangatan isu sebenarnya akan berlaku rabu lepas (28.10.09). Nak tahu apa, Sidang DUN Perak yang kedengarannya sana sini pasti hangat dengan provokasi, tanggapan dan pelbagai lagi situasi yang dijaja sebelum hari rabu lepas.

Masa aku menulis ini, dua hari sudah berlalu dan kehangatan isu rabu lepas sudah memenuhi ruang dada akbhar, media elektronik. blog lebih-lebih lagi youtube laman web video popular yang menghimpunkan pelbagai alkisah. Justeru para penyokong mahupun pelbagai aliran akan berusaha mencari info terkini berkenaan dengan situasi hari tersebut. Macam-macam pendapat, persepsi dari semua pihak. Tak tahulah siapa yang betul. Pastinya yang menyokong A akan kata A betul begitu juga sebaliknya yang sokong B akan kata B betul. Ada akal fikir sendirilah.

Bila dilayari video-video yang dirakamkan oleh pelbagai manusia seterusnya diabadikan di youtube  akan menampakkan situasi sebenar. Kalau sekadar membaca blog pihak itu pihak ini, sekadar kata-kata sahaja yang kita terima info tetapi video juga sebenarnya penting untuk membenarkan kata-kata tersebut walaupun hanya menonton bukan secara live. Mungkin video itu juga tidak menggambarkan situasi sebenar sebab bukan keseluruhan situasi yang menjadi tatapan. Tetapi sekurang-kurangnya amat membantu jugalah kepada sesiapa yang tidak pergi ke tempat tersebut. Aku sudah pergi tetapi pergi dalam daerah (lebih kurang 1KM sahaja jaraknya) yang sama sahaja atas urusan lain dan beza 2 hari awal dari tarikh sebenar.

Apa pun, mana baik buruk semua ini bergantung kepada siapa yang amanah, yang benar dan mendapat mandat rakyat sepenuhnya. Bukan berpihak kepada sesiapa cuma ..aku tak tahulah nak cakap apa. macam-macam hal. Tonton Video ni, http://www.youtube.com/watch?v=HPZJXZtRWfk&feature=channel

link video lain sealirannya akan terpapar.

Akubah

1.22am (30.10.09)

KUO

Advertisements