Salam

Semalam (23.10.2009) Bajet 2010 sudah dibentangkan oleh PM merangkap Menteri Kewangan dan pastinya Bajet ini ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya yang ingin melihat sejauh mana gagasan 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan menepati intipatinya. Bajet sudah merupakan satu perubahan yang boleh dikatakan dasar mahupun dalam pembangunan pelbagai aspek meliputi aspek ekonomi terutamanya dan juga aspek sosial.

Aspek politik sudah biasa untuk diberi perhatian dek pergolakan sentiasa melanda untuk diketengahkan. Media-media utama sudah menjalankan peranan sebagai wadah untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan bajet ini. 4 akhbar yang menjadi perhatian penulis lebih kepada menumpukan pengkhabaran kepada bajet 2010 dari segi isi kandungan mahupun isu-isu berbangkit bajet 2010.

Pengalaman penulis terlibat secara langsung dalam bajet yang dibentangkan setiap tahun sudah memberikan hasil walaupun tidak seperti yang dikehendaki sepenuhnya namun tetap bersyukur dengan apa yang ada. Selama tempoh bekerja (2006-2007) sebagai kakitangan kerajaan 2 kali bajet dinikmati baik mendapat yang diinginkan atau sebaliknya. Bajet 2008 merupakan satu kegembiraan kepada penulis khususnya kerana pemberian bonus kepada semua kakitangan kerajaan. Hal ini tentunya menjadi harapan dalam kalangan kakitangan kerajaan setiap kali bajet dibentangkan.

Bagi penulis ada juga imbuhan dengan penat lelah berkhidmat kepada rakyat. Bajet 2008 pula kenaikan gaji dinyatakan, kalau tidak silaplah. Sudah lupa bah. Tapi bermula Januari 2007 memang kenaikan gaji sudah diselaraskan. Lagi giranglah. Pihak penulis sendiri lagi kecoh dibuatnya untuk menyelaraskan gaji kakitangan kerajaan peringkat cawangan Miri. Biasalah kerja di Jabatan Akauntan akan menguruskan gaji-gaji kakitangan setiap bulan. Bukan senang nak buat. Pening kepala juga dibuatnnya. Lain lagi yang melibatkan pelarasan gaji tertunggak dan yang bertahun-tahun. Terutamanya guru yang baru masuk kerja, kira mengajarlah tu. Masa buat pelarasan tu kira seronok juga kira-kira gaji guru ni, besar-besar. Tu sebab masuk UPSI ni agaknya. Haha. Abaikan dulu pengalaman kerja ni. Berbalik kepada fokus utama yakni bajet 2010. Hehe.

Biasalah dalam apa perkara yang dibuat atau dilakukan oleh kerajaan ada juga pihak yang menidakkan kemampuan mahupun kejayaannya. Itu memang tidak dinafikanlah. Sama ada berunsurkan politik atau sebagainya, biar mereka ini sendiri yang tanggung. Buat sakit kepala saja nak fikir. Baik fikir apa sebenarnya kandungan bajet yang dapat memakmurkan dan memajukan semua lapisan masyarakat. inilah point atau tujuan utamanya. Teks ucapan pembentangan bajet 2010 boleh diperolehi di sini http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet untuk mengetahui secara terperinci tentang bajet 2010 secara keseluruhannya.

Tapi kita baca pun nak juga segala perancangan berkenaan bajet ini menunjukkan hasilnya. Apa pun kita nantikan sejauh mana ia mampu memberikan hasil yang baik kepada masyarakat. Bukan sekadar omongan kosong. Tapi tak baik buruk sangka, semuanya masih dalam perancangan. Bersamalah kita berperanan untuk menjayakan apa jua perancangan pembangunan kerajaan demi kebaikan bersama.

Untuk maklumat berkenaan bajet 2010 boleh perhatikan dan nilai sendiri, penulis hanya menumpukan kepada aspek pendidikan. Semua sudah maklum bahawa PTPTN akan memberikan peluang peminjamnya untuk diberikan biasiswa secara automatik selepas mendapat ijazah sarjana muda dengan keputusan yang agak cemerlang yakni ,mendapat kelas pertama. Lebih kurang seperti yang dilakukan oleh pihak MARA kepada pelajarnya.

Jika dapat keputusan cemerlang akan dikurangkan bayaran balik pinjaman ataupun terus dijadikan biasiswa seperti yang dimaklumkan oleh seorang rakan bekas peminjam MARA yang kini sudah bekerja sebagai Penolong Pegawai Sistem Maklumat di Miri Sarawak. Bagi penulis nak dapatkan keputusan cemerlang memang payah. Setakat ini pun, keputusan setiap semester cukup-cukup makan. Usahakan lagilah. Jangan sebab PTPTN tukar kepada biasiswa terus nak belajar betul-betul. Niat sudah lainlah tu. Apa pun, penulis selalu pegang kata-kata ini, belajar untuk pengetahuan atau ilmu bukan belajar untuk peperiksaan. Ok bah. Penulis sertakan keseluruhan bajet 2010 yang menyentuh aspek pendidikan yang dipetik dari akhbar Harian Metro (24.10.2009) ;

-Lebih RM30 bilion bagi pendidikan rendah dan menengah untuk manfaat 5.5 juta pelajar
-RM1.6 bilion bina 80 sekolah baru serta 1,000 blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah
-RM1.1 bilion ubah suai dan naik taraf sekolah
-RM1.3 bilion biayai pengurusan dan naik taraf politeknik serta kolej komuniti
-RM100 juta bagi pelaksanaan Program Permata
-Biasiswa Nasional bagi 30 pelajar terbaik
-Pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama
-Pakej “netbook” kepada 100,000 pelajar universiti tempatan.

Setakat ini dahulu berkenaan dengan bajet 2010 ni. Keterangan lanjut berkenaan dengan setiap aspek pendidikan ini bolehlah merujuk kepada internet. Hehe.Isu pembekuan atau lambat posting yang kecoh baru-baru ini jangan pedulikan lagilah. Tiada apa info mengukuhkan lagi berkenaan dengan isu ini. Belajarlah dahulu, selesaikan selama tempoh pengajian kita. Nak kecoh sekarang pun, memang tidak guna.

Kita sudah berada di sini pun. Jangan kerana isu ini sudah lemah semangat nak meneruskan pengajian ( ada beberapa kawanlah yang mengadu). Apa pun tekadkan matlamat untuk mencari ilmu dan pengetahuan kita. Ok lah bah kan. Panjang sudah ni. Ndak larat pulak dibaca oleh orang. Hehe.

Akubah

11.46pm (24.10.2009)

KUO

Advertisements