Salam
Dasar Ekonomi Baru atau lebih dikenali sebagai DEB adalah satu dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mengemaskini semula kemiskinan masyarakat dan juga menyusun semula pembangunan masyarakat Negara khususnya. Namun telah menjadi persoalan sehingga kini sama ada usaha ini telah Berjaya atau sebaliknya dalam kalangan masyarakat khususnya pemimpin-pemimpin Negara, golongan bijak pandai dan masyarakat pelbagai kaum. Suatu ketika dulu heboh dan kecoh satu Negara akibat satu cadangan dari pihak pembangkang yang telah mengambi alih kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memansuhkan DEB.

Alasan mereka DEB tidak Berjaya dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Selepas cadangan itu pelbagai reaksi mahu pun pandangan dikemukakan sama ada bersetuju dengan cadangan tersebut da nada juga yang membantah sekeras-kerasnya. Bagi aku sendiri, penilaian untuk sesuatu usaha bukanlah mudah. Kalau diperhatikan sahaja setiap kaum pada hari ini masing-masing sudah kemajuan sendiri dan pastinya DED inilah yang telah memberikan mereka peluang untuk terus berusaha dan Berjaya. Setiap aspek dalam menjayakan DEB ini telah didasari lebih terperinci dalam mengenal pasti setiap apa yang akan diusahakan dan dijayakan.

Aku sendiri mungkin dan berada ditahap ini hasil daripada DEB. Jangan hanya melihat kepentingan diri sendiri, kita menidakkan usaha yang telah banyak membantu kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek lebih-lebih lagi sudah dianggap mendapat pencapaian yang membanggakan. Mungkin pembaca tertanya-tanya kenapa aku menyentuh isu ini, faham-fahamlah bah exam sudah dekat. Ada subjek yang berkaitan dengan isu ini, jadi ulas sikitlah bah kan. Hehe. Di bawah ini aku ambil pandangan dari mantan PM, Dr. Mahathir Mohamad berkenaan dengan isu ini dan beliau sendiri lantang dalam memperjuangkan setiap aspek atau dasar untuk kemajuan masyarakat dan juga Negara. Semoga bermanfaat.

1. Saya berasa amat sedih kerana terdapat ramai daripada Melayu yang terpelajar menolak Dasar Ekonomi Baru kononnya DEB menguntungkan hanya segelintir daripada kroni pemimpin Kerajaan terutama semasa saya menjadi Perdana Menteri.

2. Mereka ini cuma nampak beberapa kerat peniaga dan pengusaha Melayu yang berjaya. Pendapat mereka ialah semua yang berjaya tentulah kerana mereka kroni, terutama kroni Perdana Menteri. Kata mereka kejayaan Melayu bergantung bukan kerana apa mereka tahu tetapi siapa mereka tahu. Ayat ini datang daripada kecaman orang tertentu yang asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu, “It is not what you know but who you know”, yang memberi kejayaan. Penggunaan ayat ini oleh orang Melayu sendiri membuktikan betapa mudah minda mereka dipengaruhi oleh orang lain supaya mereka sendiri akan memburukkan diri mereka.

3. Sebelum saya bincang samada benar atau tidak benar tuduhan ini, izinkan saya jelas sedikit akan Dasar Ekonomi Baru.
4. Matlamat ringkas DEB ialah;

a. Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

b. Menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi

5. Semasa DEB dilancar kemiskinan dalam Negara adalah lebih daripada 40 peratus. Hari ini kemiskinan telah turun pada lima peratus. Matlamat pertama jelas telah tercapai. Majority daripada yang miskin adalah Melayu dan Bumiputera lain.

6. Bagi matlamat kedua, kejayaan yang terbesar DEB ialah dalam bidang pelajaran. Ramai Bumiputera telah mendapat peluang dalam bidang-bidang profesional sehingga dalam bidang perubatan daripada hanya 8-10 peratus sahaja doktor perubatan yang terdiri daripada Melayu dan Bumiputera, sekarang bahagian mereka berjumlah 40 peratus. Ramai yang menjadi pakar.

7. Demikian juga dalam profesyen lain, pensyarah dan profesor dalam universiti.

8. Jumlah mereka beratus ribu. Apakah mereka yang mendapat pelajaran sehingga ke universiti semuanya daripada keluarga yang kaya yang ada hubungan dengan pemimpin Kerajaan? Apakah mereka mampu mendapat pelajaran ini tanpa DEB? Apakah bagi mereka ini DEB tidak berguna?

9. Berkenaan agihan saham dibawah DEB. Apabila ramai individu Bumiputera mendapat saham dari IPO (Initial Public Offer), semuanya menjual saham dengan serta-merta. Kemudian mereka pohon untuk saham baru.

10. Keuntungan daripada jualan saham dihabis secara hangus.

11. Kerajaan boleh hentikan agihan saham pada Bumiputera. Tetapi ini akan menjadikan syarikat yang tersenarai tidak dimiliki sahamnya oleh Bumiputera sama sekali.

12. Oleh itu ditubuhnya Permodalan Nasional Berhad yang akan membeli saham Bumiputera, memasukkannya dalam unit trust (saham amanah) untuk dijual kepada semua Bumiputera kalaupun mereka boleh labur hanya RM10 sahaja.

13. Melalui sistem amanah saham PNB hari ini lebih lapan juta Bumiputera memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar. Diadakan had jumlah yang boleh dimiliki oleh seseorang supaya yang kaya tidak bolot terlalu banyak saham.

14. Tanpa DEB tidak mungkin begitu ramai Bumiputera memiliki saham syarikat-syarikat gergasi. Dapatkah kita tolak DEB kerana hanya menguntungkan kroni sahaja. Tidak adakah orang lain yang juga dapat manfaat.

15. Sekarang berkenaan Bumiputera yang kaya raya. Jumlah mereka sudah beribu. Hampir semua mereka mendapat peluang daripada Kerajaan. Sebab?

16. Sebabnya ialah hanya Kerajaan dan agensi-agensinya sahaja yang memberi peluang kepada mereka. Umpamanya, tidak ada kontraktor Bumiputera yang dapat kontrak daripada orang lain. Kerajaan melayan mereka kerana DEB.

17. Apakah mereka terdiri daripada kroni? Mereka yang berjaya pada mulanya mendapat peluang kecil-kecilan daripada Kerajaan. Jika mereka jual peluang ini, samada kontrak, lesen, AP atau permit lain, mereka tidak akan dapat peluang berkali lagi.

18. Bagi yang tidak jual, yang usaha sendiri dan membuktikan kebolehan mereka memangpun mereka patut diberi lebih banyak lagi peluang. Justeru itu ada yang amat berjaya hingga menjadi jutawan.

19. Apakah mereka kroni? Memang yang berjaya akan dikenali oleh ramai termasuk Perdana Menteri. Kalau nak elak daripada ada yang dianggap sebagai kroni, caranya ialah dengan menentukan tidak ada sesiapapun daripada Bumiputera yang akan berjaya. Ini mudah sahaja. Sesiapa yang Nampak Berjaya jangan bagi kontrak, atau lesen lagi.

20. Walaupun demikian adalah diakui ada yang ditolong secara keterlaluan oleh Menteri. Tetapi jumlah mereka tidak ramai.

21. Apakah kerana penyelewengan yang sedikit ini kita harus tolak DEB? Kata Mat Salleh, “Do you throw out the baby with the water in the wash basin?”

22. Jika kita buat perhitungan yang ikhlas kita akan akui yang DEB memanfaatkan bukan segelintir tetapi berjuta-juta Bumiputera. Amatlah menyedihkan apabila ada Bumiputera yang juga mendapat menfaat dari DEB yang begitu sekali ingin mendapat label “liberal and non-racist” dengan cuba menghapuskan orang sebangsa mendapat peluang dari DEB.

diambil dari blog Dr. Mahathir Mohamad.
http://chedet.co.cc/chedetblog/