Salam

Rehat sebentar bersama kategori politik. Agak lama meninggalkan kategori ini untuk ditambah isinya. Ok. Masa ini tugasan kuliah sudah hampir selesai dan malam ini ada satu subjek untuk dihadapi untuk ujian pertengahan semester. Lagi satu sekadar untuk dikumpul/edit dan akan dihantar minggu depan. Alhamdulillah. Lega sedikit.

Ok berbalik kepada apa yang aku akan coretkan berkenaan dengan kategori politik kali ini. Untuk makluman juga, semester depan kos pengajian aku akan menghadapi satu subjek yang menjurus kepada POLITIK. Jadi persediaan mungkin akan dilakukan ketika ini sementara menanti semester depan diterjah. Baru-baru ini PRK Bagan Pinang Negeri Sembilan telah kita maklum bahawa BN atau Umno berjaya mendapatkan semula atau pun dalam erti kata mengekalkan kerusi DUN tersebut. Berbekalkan calon yang pernah menjadi Ketua Menteri N.9 suatu ketika dulu bagi aku masih lagi mendapat sokongan dengan majoriti yang agak cukup besar berbanding PRU yang diperolehi calon terdahulu. Walaupun ada isu-isu negatif telah melanda calon ini, tetapi rakyat masih mengharapkan ada perubahan yang bakal dilakukan. Itulah erti kata sebenar bagi setiap manusia seharusnya memberikan peluang kedua untuk membuktikan seseorang itu mampu berubah dan melakukan yang lebih baik lagi. Apa pun, aku ucapkan tahniah.

Namun, kemenangan calon ini amatlah digusarkan oleh pihak lain baik dalam kalangan parti calon itu sendiri mahupun parti pihak lawan. Pastinya pihak lawan ada sahaja perkara atau isu cuba digembar-gemburkan sebelum, semasa dan selepas PRK tersebut. Segalanya sudah terlerai, calon ini sudah memenangi dan pihak lawan masih lagi tidak berpuas hati. Bagi aku, biasalah tu. Adat menang kalah, ada sahaja yang tidak puas hatinya. Tapi janganlah sampai nak menyalahkan rakyat pula. Tengok diri sendiri dulu. OK.

Kita tinggalkan politik peringkat negara, kita pergi pula peringkat kampus. Khabar-khabar untuk Upsi mengadakan PR Kampus  kali ini masih lagi samar-samar bila dilaksanakan. Ke aku yang tidak ada maklumat, ketinggalan zaman? Tidak apalah, pastinya akan kecoh di pihak satu berkenaan dengan PRK kali ini, setakat ini tiada lagi perkara ini dicoretkan di sana. Mungkin pihak-pihak ini sudah bersedia memilih calon-calon mereka dalam diam dan pihak lagi satu juga sedang berusaha memantapkan mahupun mengekalkan lagi tampuk kepimpinan mereka dengan memilih calon yang seiringan. Kita tunggu dan lihat sahaja. 2 minggu lagi final exam semester ini akan kunjung tiba. Sudah bersediakah? All the best jelah.

Isu-isu berbangkit banyak sudah berpeleseran untuk diketahui secara mendalam. Tidak pastilah isu ini hanya mainan pihak tertentu ataupun sebaliknya. Tidak baik rasanya menuduh pihak-pihak tertentu. Apa pun jalan penyelesaian isu tersebut menemui sepatutnya. Oklah, setakat ini dahulu analisis aku. Haha. Macam penganalisis politiklah pula. Tidak apalah, akan disambung kemudian.

5.11pm

17.10.09

KUO

Advertisements