Salam

Merujuk kepada maklum balas daripada beberapa orang rakan berkenaan dengan karya yang aku hasilkan lebih banyak kepada unsur CINTA. Aku tidak nafikan hakikat tersebut. Apa pun aku ucapkan maklum balas berkenaan. Aku sekadar mencoretkan segala pengalaman mahupun penilaian yang diperolehi dari sekeliling untuk diadaptasi ke alam penulisan. Hanya untuk mencuba-cuba walaupun tidak sehebat mana, sekadar untuk menghasilkan untuk hiburan sendiri. Maklum balas yang diberikan aku ucapkan berbanyak terima kasih.

Untuk makluman, bukan menegakkan karya sendiri tetapi untuk menjelaskan bahawa karya yang berunsurkan CINTA ini bukan setakat pengisian yang kosong sahaja. Ada manfaat yang perlu diambil mahupun dijadikan panduan walaupun pada pandangan pembaca adalah asas kepada penghidupan berkasih sayang. Karya ini diselitkan dengan nasihat dan juga panduan dalam erti kata mudah semasa watak dan perwatakan memperkatakan soal cinta dari sudut agama dan sebagainya. Mungkin kekurangan dari segi kekuatan atau pengisian aspek agama yang menjejaskan sedikit perjalanan soal cinta dari sudut agama atau nasihat. Apa pun pada masa akan datang, akan menghasilkan karya yang dinamik dan menyeluruh untuk menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan kita ini.

Segala maklum balas dihargai dan sekurang-kurangnya karya ini mendapat perhatian dari kalangan pembaca, paling penting adalah pengisian ke arah kebaikan perlu dinilai secara bersama dan difikirkan. Pada masa ini ada 2 lagi karya atau cerpen atas permintaan rakan-rakan tetapi masih dalam proses untuk disiapkan dek kesibukan dengan tugasan kuliah. Diusahakan dalam cerpen kali ini dipelbagaikan unsur yang boleh menjana minda dan dijadikan panduan sekiranya didasari secara mendalam. All the best.

5.33pm
17.10.09
KUO

Advertisements