Salam

Kisah hari ini mungkin ada kaitannya dengan tajuk yang aku buat beberapa hari lalu. Kali ni suka dan duka seiring bersama dalam aku bergelar mahasiswa dan juga amanah yang diberikan. Bukan kisah isu guru yang menjadi kerisauan pelajar kos pendidikan pastinya tapi ada kisah lain. Aku abaikan sahaja isu itu berlalu sebegitu sahaja. Kita nantikan apa kesinambungan yang hakiki.

oklah, kisah duka yang pertama aku tak dapat menjawab soalan test pagi tadi. Aku kurang yakin dengan kemampuan aku menjawab tadi. Berserah sahajalah. Memang tak study pun. Kisah duka yang kedua, berlaku sedikit salah faham dengan beberapa orang rakan berkaitan dengan tugasan. Agak-agak kecoh kan. Aku akui aku yang salah. Aku minta maaf atas segala kekhilafan diri. Kisah duka seterusnya, program aku baru-baru ni menghadapi masalah sehinggakan pihak lain tidak dapat menjalankan program mereka disebabkan ada item yang belum selesai lagi. Walaupun pagi tadi baru selesai, namun bukan menandakan masalah selesai tetapi memerlukan sedikit masa lagi diperlukan untuk membuatkan program lain dapat berjalan lancar. Aku minta maaf atas semua ini. Aku akui kelemahan diri dalam aspek kepimpinan. Harap-harap esok segalanya akan selesai. Aku pohon.

Kisah suka ini mengubat sedikit keresahan hati untuk berduka. Walaupun tidak sesuka mana namun hati ini terubat sedikit. Sekarang ini duka itu masih ada dan terus resah ditambah lagi penyakit aku sekian lama iaitu sakit ulu hati tiba-tiba menjenguk aku. Jangan minum minuman bergas, itulah pesanan yang aku terima selalu ketika berkunjung ke klinik. Tapi hari ini, aku terlupa. ‘dia’ pun datanglah. Saat ini masih lagi terasa walaupun sudah ditenangkan dengan ubat. Lemah badan terasa. Silap aku. Ni kisah suka aku rasakan sebab teman yakni penyakit datang menjenguk sejak sekian lama. (peliknya). Kisah suka seterusnya, seseorang terasa nak mengalirkan air mata dek bantuan yang aku berikan. Bukan menunjuk atau berlagak pandai cuma tanggungjawab dan untuk kesenangan seseorang tersebut. Aku tidak kisah disusahkan tetapi aku kisah jika tidak disusahkan.(fahamkanlah sendiri). Aku bukan mengharapkan balasan dan sama sekali tidak suka diberi balasan. Aku membantu ikhlas dari hati untuk membahagiakan orang lain. Biarlah aku tidak bahagia asalkan sekeliling aku bahagia, itu lebih penting. Kisah suka seterusnya, hahaha. Ni masuk juga. MPP sesi 2008/2009 memberikan cenderahati kepada pelajar. Ok lah tu. Pendrive 2GB. Free. hehe. Siapa yang tak suka kan. hehe. Thanks.

Setakat ini dulu kisah-kisah pada hari ini, ada banyak lagi tapi ni keutamaanlah kiranya. bagi yang terkena dengan kisah duka tu, aku minta maaf banyak. Aku akan cuba lagi untuk membahagiakan semua. untuk yang dalam kisah pula, terima kasih atas segalanya.

8.19pm

07.10.09

KUO