Salam

Aku malas lagi hendak memberi maklum balas berkenaan dengan isu ini yang dilaporkan/ditulis oleh upsikini.blogspot.com. Aku sudah menulis tentang ni semalam tapi tak masukkan dalam blog aku lagi. Kita tunggu dan lihat sahaja kesahihan isu tersebut. Sekarang ni, fikir positif dan teruskan belajar. All the best. Fikir logik je.

1.43pm

5.10.09

KUO

———————————————————————————————

Salam

Aku ingin memberi maklum balas kepada isu yang hangat dan panas seketika ini berkenaan dengan TULISAN BLOG yang dikeluarkan oleh upsikini.blogspot.com yang kononnya menjadi wadah penyampai maklumat kepada pelajar upsi. Isu penempatan sekolah dibeku bermula pada tahun2010 kepada SEMUA PELAJAR IPTA YANG MENGAMBIL KOS PENDIDIKAN. Dalam tulisan berkenaan dilaporkan bahawa pihak KPM yang merasakan perlu untuk dibekukan akibat masalah kewangan dan lambakan pelajar yang mengambil kos pendidikan.

Aku sebenarnya dapat tau isu  ni pun melalui STATUS YM KAWAN dan pertanyaan YM dr seorang kawan juga. Bila aku merujuk kepada sumber yang dinyatakan memang betul isu tu ada tapi…tak betul lagi pun.. Kemudian aku search kat google berkenaan dengan isu yang sama, dan keputusan yang aku dapat bahawa blog-blog mahupun web yang menyentuh isu ini hanya bersumberkan tulisan diblog upsi kini. Ok. Point yang aku cuba nak sampaikan adalah sumber sahih atau tidak. Bagi aku terpulang kepada pembaca. Baca sahaja komen-komen dalam isu blog tu, pelbagai komen dan sehinggakan ada yang nak menyalahkan pihak itu ini. Paling ekstrem ayat yang aku baca lebih kurang maksudnya sebegini, SIA-SIA belajar kos pendidikan ni kalau tak jadi guru or tiada penempatan.

Sekadar makluman, sebelum aku menjejakkan diri ke dunia mahasiswa ini aku pernah mendengar isu seperti ini. Isu pelajar kos pendidikan pada masa akan datang tidak akan menjadi guru dan akan menjadi seperti situasi kos-kos bukan pendidikan. Maksudnya akan mencari pekerjaan seperti kos-kos pengajian yang berusaha sendiri mencari kerja bukan seperti kos pendidikan yang sudah ditetapkan akan menjadi guru. Isu seperti ini bagi aku tidak perlulah untuk diwar-warkan sebegitu hangat. Aku tak masuk sini pun lagi, aku dah pernah dengar dah. Masa tu aku kerja di Sarawak dalam tahun 2006 di Jabatan Kerajaan. Aku dengar melalui perbualan beberapa orang semasa aku menghadiri kursus di Kuala Lumpur suatu ketika dulu.

Aku hanya mendengar dan pada masa tu aku menumpukan kepada kerja yang aku telah dapat sebagai kakitangan kerajaan walaupun hanya berkelulusan SPM. Kepada rakan-rakan sekalian, tetapkan niat kita untuk datang sini untuk menimba ilmu. Jauhkan khabar angin yang tidak lagi menjadi sahih walaupun sahih pada masa akan datang. Aku tidak mengatakan sumber yang ditulis dalam blog tu salah, cuma sebagai pendidik fikirlah sewaras yang mungkin. Isu ini sudah lapuk untuk diwar-warkan, benar atau tidak kita tunggu hitam putih dari pihak yang sebenarnya.

P/S : Tumpukan apa yang ada sekarang ni, tidak perlu menjadi gusar. Untuk pengetahuan, jabatan kerajaan mahupun kementerian tidak akan mengeluarkan isu secara mendadak untuk diberi keputusan. Lebih-lebih lagi dikatakan tahun 2010. Bajet pun dikeluarkan awal untuk dibentangkan, apatah lagi isu-isu seperti ini memerlukan kajian mendalam dan pandangan secara menyeluruh. Apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja.

Hari ini, mula daftar kos. So, fikirkan apa yang ada sekarang ni. All The Best.

7.03am

5.10.09

KUO

Advertisements