Salam

Kelas Etika khamis lepas, markah untuk tugasan video sudah dimaklumkan untuk semua group. Cuma kumpulan aku sahaja lagi yang tiada markah, siap kena potong 1 markah lagi. Ada group yang dapat Full Mark, 20/20 dan sudah ditayangkan dalam kelas. Markah group aku sekarang hanya dinilai 19 markah sahaja lagi. Agak-agak berapalah ye. Bukan sebab filem pendek tu menyentuh sensitiviti atau sebab-sebab kena tapis tapi disebabkan CD yang digunakan tu laptop lecturer tidak dapat buka. Awal-awal je boleh ditayangkan, kemudian gelap sahaja. So,dah bagi semula menggunakan pendrive dan CD semula. Khamis depan, taulah markahnya berapa. Bukan nak bagi sangat ditayangkan kepada semua cuma nak tahu juga apa penilaian orang lain or kreativiti yang cuba digarapkan. Suspen je. Minggu depan juga sekali dengan pembentangan Etika. All the best lah.

Walaupun dah beberapa kawan menonton filem pendek Cintaku Tertinggal Di Perak ni sebelum pemarkahan diberikan, ada juga maklum balas positif dan negatif. Terima kasih dengan komen tersebut. Bagi sesiapa yang ingin menonton filem pendek ini, nantikannya di pawagam berhampiran. cewaahh…haha..Jumpa aku sendiri untuk ambik n gunakan pendrive yang bersaiz 1GB sebab aku menggunakan resolution video yang tinggi. Tengoklah sendiri gambar dan videonya. Promosilah pula. Bukan nak menunjuk-nunjuk, sekadar ingin menukilkan untuk hiburan hati sebagai renungan. Maklum balas berkenaan dengan filem pendek ini amatlah dialu-alukan dan kamibah and the gang masih dalam proses belajar.

1.29am

03.10.09

KUO

Advertisements