“ kenapa kau dah berubah. Kami lihat kau semakin berubahlah sejak sem ni. Semester lepas tak macam semester ni. Kau dah macam lain sangat dah” keluh seorang rakan sejak sejak masuk sini.

“ kau ni kenapa, sikit-sikit marah. Salah sangat ke apa aku buat ni? Kalau ye pun salah, cakaplah elok-elok. Ni tau nak melenting je” Keluh seorang kawan lagi.

“ apa kau buat ni sebenarnya? Kau ada anak buah, kau arahkanlah mereka buat. Kau buat sendiri kenapa” . Luah seorang rakan seangkatan dalam organisasi yang dipegang.

“ dia tu sombonglah. Bertembung dengan dia pun, macam kita ni tak dikenal je “ Makluman dari seorang rakan kepada seorang rakan.

“ dia tu napa asyik sibuk saja. Ajak berbincang tugasan pun asyik tak datang” kedengaran keluhan seorang rakan tugasan.

“ dia tu berlagak semacam je lah. Tau la dia tu ada jawatan.” Seorang rakan melaporkan desas-desus

“ kau ni tak hormat orang lebih berpengalaman dari kaulah. Orang yang lebih tua dari kau pun, kau bercakap kasar sangat. “ tegur seorang rakan.

“ dia ni tak pandai buat kerjalah. Action je lebih. Tapi haprak” seorang rakan kedengarannya berkata.

“ dia punya pasallah , kerja orang lain tak boleh jalan “ luah beberapa orang kepada rakan organisasi.

DAN BANYAK LAGI…………..

INI ADALAH ANTARA MAKLUM BALAS YANG DITERIMA OLEH SESEORANG UNTUK DIRINYA DALAM SEMESTER NI. SAMA ADA IANYA BENAR ATAU SEBALIKNYA TERPULANG PADA PANDANGAN PEMBACA. SESEORANG ITU TIDAK MAMPU MEMBERIKAN MAKLUM BALAS YANG SEPENUHNYA. BAGI SESEORANG ITU, DIA SUDAH MELAKUKAN YANG TERBAIK DAN SEGALA KEKHILAFAN BUKAN DISENGAJAKAN. SESEORANG ITU BUKAN SEMPURNA. TETAPI BUKAN DISEBABKAN TIDAK SEMPURNA, TERUS MELAKUKAN KEKHILAFAN. MASIH BERUSAHA LAGI SEPERTI YANG DIKEHENDAKI.