75 korban gempa di Sumatera

JAKARTA 30 Sept. – Sekurang-kurangnya 75 terbunuh manakala beribu-ribu lagi terperangkap dalam sisa runtuhan akibat gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter menggegar bahagian barat pulau Sumatera hari ini.

Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengumumkan jumlah kematian tersebut pada sidang akhbar di Padang, sejam selepas kejadian gempa berlaku.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku pada kedalaman 87 kilometer di bawah laut pada pukul 5.16 petang (6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.

Gegaran dapat dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini.

Gegaran turut merobohkan bangunan, memusnahkan rumah, meruntuhkan jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.

“Beratus-ratus rumah roboh, beberapa bangunan hotel musnah dan jambatan telah runtuh,” kata ketua Geofizik Indonesia dan agensi meteorologi amaran tsunami, Rahmat Triyono. – Agensi

Sumber : http://www.utusan.com.my (1.10.09)

Salam

Gempa bumi lagi. Acapkali sejak kebelakangan ini ada sahaja peristiwa seperti ini berlaku. Semua sudah menandakan akan tiba masanya. Namun, manusia masih alpa lagi. Sejak dahulu, peristiwa seperti ini hanya dikatakan sebagai bencana alam, putaran bumi atau sebagainya. Ke mana keinsafan itu sebenarnya? Aku tujukan kepada aku sendiri, masih lagi mencari sinar ke arah yang lebih baik. Tergetar hati mendengar malapetaka ini. Aku sudah insafkah? Tidak. Masih lagi kurang, kurang dan kurang dan mungkin semakin kurang walaupun berusaha ingin menggapai apa yang dikehendaki. Muhasabah seketika. Jangan hanya peristiwa ini, insaf sekejap kemudian alpa lagi. Ya Allah, tenangkan hati hambaMU ini. Ampunkan dosa hambaMU ini. Aku cuba ke arah redhaMU yang aku sendiri inginkan. Permudahkan, aku berusaha lagi.

7.39pm

01.10.09

KUO

Advertisements