Salam

Kesibukan dengan tugasan melambak-lambak, aku teringin pula untuk berkarya. Sudah lama tidak menukilkan karya terbaru. Sibuk sangat. Tidak tahulah Semester ini aku rasakan banyak kerja dan kehidupan aku kadang-kala tidak teratur. Keinginan berkarya lagi diberi kekuatan lagi dengan permintaan dua rakan untuk menghasilkan cerpen yang dikehendaki oleh mereka sendiri. Apa pun, masih dalam proses lagi sebab kepala berserabut memikirkan banyak perkara dan juga kerja.

Cerpen seterusnya akan menyusul serentak yakni dua cerpen. Masih lagi menilai dan mencari tema karya walaupun kehendak dua rakan sudah didrafkan secara lisan. Tidak apalah, buat perlahan-lahan. Kepada empunya cerpen yang diilhamkan, minta maaf atas sebab kelewatan penghasilan cerpen.  Dalam masa terdekat akan diusahakan secepat yang boleh. Cerpen ini seperti biasa sahaja cerpen-cerpen yang lain. Cuma sekarang ini tidak mampu lagi untuk berkarya seketika. Kepala sukar menerbitkan cerita apa yang bakal dicoretkan.

Aku dah ngantuk saat ini. Aku dah  rajin pergi Pusat Kesihatan. Semalam pergi lagi akibat demam. Dah kena acapkali dengan demam ni. Memang payahlah. Demam buat aku tidak tenteram untuk meluahkan isi kepala, dah memang serautlah. Apa pun, All The Best.

2.41

30.09.2009

KUO

Advertisements